Kabinet Kerajaan Perpaduan diumum 8.15 malam, nantikan kata PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 02 Dis 2022

Anwar bakal umum Kabinet baharu pada pukul 8.15 malam ini.

RAKYAT masih perlu bersabar menanti pengumuman kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman itu yang dijadual dilakukan pada lewat petang Jumaat terpaksa ditangguhkan sehingga waktu malam pada hari sama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan ringkas di laman Facebooknya.

317795793_719096872905216_6550967576293945687_n

Poster pengumuman Kabinet baharu Anwar. — Facebook Anwar

"InsyaALLAH, jam 8.15 malam ini (Jumaat) saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan," tulisnya.

Pada Jumaat, Anwar kembali ke Parlimen Tambun bagi mengadakan pertemuan bersama rakyat.

Beliau juga menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, dekat Ipoh, Perak.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian mengadakan lawatan di Pasar Awam Tanjung Rambutan, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh, dekat Taman Jati, Ipoh.

Sebelum ini, Anwar berkata, beliau telah membentangkan senarai cadangan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat.

Sumber juga menyatakan bahawa ia hanya akan melibatkan separuh senarai Kabinet, berikutan rundingan untuk beberapa portfolio masih diteruskan.

Pengumuman barisan Kabinet baharu akan disiarkan secara langsung di saluran RTM dan YouTube rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Ikuti pengumuman barisan Kabinet Anwar secara langsung di penyiar rasmi RTM atau di saluran Youtube rasmi Jabatan Perdana Menteri di sini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram