Umum ahli Kabinet beberapa jam lagi, Anwar atur mesyuarat khas jemaah menteri Isnin


  • Primer
  • Jumaat, 02 Dis 2022

Anwar selepas sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan pada Jumaat. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat petang.

“Insya-ALLAH saya akan umum jemaah menteri lewat petang ini (Jumaat),” katanya ketika berucap ketika kenduri rakyat di Taman Jati di Tambung selepas solat Jumaat.

Terdahulu beliau menghadiri sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan.

Perdana Menteri berkata, pengumuman itu dibuat selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Jumaat pagi.

Tambahnya, barisan Kabinet yang akan diumumkan itu bakal dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini.

"Pilihan kita terbatas kerana seperti saya umum sebelum ini, kita tidak mahu terlalu ramai menteri atau duta bertaraf menteri supaya perbelanjaan dapat dikurangkan.

"Saya mohon mereka (Jemaah Menteri) ini kekal berkhidmat agar kita dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada ekonomi,” katanya.

Anwar turut terharu melihat persahabatan, ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang menunjukkan semangat satu pasukan untuk selamatkan negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram