TIDAK mahu beli kereta rasmi baharu, tukar karpet atau ubah suai pejabat Perdana Menteri.
Pendirian yang diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku PM ke 10 negara nyata mendapat reaksi yang positif dalam kalangan rakyat.
Anwar tolak sebarang perbelanjaan kereta baharu mahupun ubah suai pejabatnya.
Ramai yang menyatakan rasa setuju terhadap apa yang ingin dilakukan Anwar dan tidak mahu pembaziran berlaku setiap kali PM baharu dilantik.
Ribena Berry berkata, dia berharap supaya Anwar tidak menjadi seperti segelintir pemimpin yang baru dapat jawatan dan ingin mengubah semua perkara.
"Niat yang baik. Moga terus istiqamah. Jangan jadi segelintir manusia, dapat sahaja jawatan habis semua benda nak diubah ikut selera dia.
"Itu belum lagi rumah rasmi pun nak diubah suai," katanya.
Seorang lagi pengguna media sosial, Yusof Basrun pula menganggap apa yang dilakukan oleh Anwar sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara.
"Sejarah pentadbiran negara tak pernah berlaku strategi pemerintahan sebegini. Apa yang dilakukan Anwar, memang masuk akal sebab kita boleh meminimakan perbelanjaan," katanya.
Perkara sama turut diluahkan Amer Tabung yang berkata, ini adalah kali pertama menteri diarah berjimat oleh PM kerana sebelum ini, hanya rakyat sahaja yang selalu disuruh berjimat cermat.
James Nahar Goel pula berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar adalah satu contoh yang sangat elok.
"Sudah sekian lama, setiap kali pertukaran pegawai dalam kerajaan, setiap kali itu kereta, ruang pejabat dan sebagainya ditukar walaupun masih elok.
"Kereta masih baru dijual kepada pegawai lama dengan harga murah dan beli lagi yang baru untuk pegawai baharu. Kita pembayar cukai beli kereta terpakai," katanya.
Tindakan positif kini sedang dilakukan Anwar bukan sahaja untuk meraih sokongan rakyat terhadap kepimpinannya, tetapi juga untuk negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram