PEMAIN import kelahiran Portugal yang menggalas peranan sebagai penyerang pasukan Sabah FC, Jose Embalo sering mendapat kritikan pada setiap kemunculannya sejak menyertai skuad Sang Badak pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Mengikut Transfermarkt, nilai semasa Embalo mampu mencecah 226,000 euro (RM1.06 juta).
Bagaimanapun dalam tujuh penampilan pada musim ini, penyerang berusia 29 tahun hanya mampu menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol (assist).
Kegagalan Embalo itu menyebabkan penyokong menyifatkan pemain yang pernah beraksi di Liga Portugal itu ’scammer’ dan mengharapkan pengurusan melakukan rombakan pemain selain tidak menyambung kontraknya.
Rentetan itu, Embalo dikatakan tidak lagi berada dalam perancangan pengendali Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee musim depan, namun belum ada sebarang 'hitam-putih' berhubung perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan setakat ini.
Sejak bermulanya Piala Malaysia, kelibat Embalo sudah tidak kelihatan dan pemain muda Sabah FC, Azhad Harraz kini sering mendapat peluang untuk membarisi kesebelasan utama The Rhinos.
Embalo ketika mewakili pasukan Alashkert FC sebelum menyertai Sabah FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super. — Agensi
Namun, menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen Facebook, berkemungkinan Embalo akan kekal beraksi dalam Liga Malaysia dengan menyertai Negeri Sembilan FC (NSFC) musim depan.
Tapi timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong The Jang jika khabar angin itu benar kerana rekod Embalo bersama Sabah amat teruk.
Pada masa sama, ada juga yang percaya pemain kurang berkualiti seperti Embalo pasti gagal memikat hati pengendali NSFC, K. Devan.
"Embalo itu buat apa? Langsung tak menjadi dekat Sabah itu," kata Zalee Hdd.
"Embalo ini bukan kena kutuk ke dekat Sabah? Tak akan kita ambil dia untuk musim depan?" ujar Angah Isak.
"Bajet kewangan suam-suam kuku Jang Hobin ambil yang recycle pun boleh janji penuh kuota import," luah Sam Samm.
"Embalo ini tak boleh pakai, langsung tak ada function dekat Sabah," jelas Remy. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram