'Ibarat dukung biawak hidup', senarai bintang import 'flop' Liga M 2022


  • Podium
  • Ahad, 20 Nov 2022

Jose Embalo mendahului senarai pemain import yang tidak dirasakan 'flop' dan tidak memberi impak besar sepanjang musim ini.

KEHADIRAN pemain import dalam kelab tempatan bukan saja membawa harapan untuk meraih kemenangan, tetapi turut diharap membantu mewujudkan corak permainan bertaraf antarabangsa.

Namanya juga bintang import, tentu sahaja puluhan hingga ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat mereka.

Namun, tidak semua mampu memberikan persembahan yang mantap dalam setiap perlawanan dan dilihat seperti bebanan memikul 'biawak hidup'.

Berikut Majoriti menyenaraikan antara pemain yang dikatakan gagal menyinar sekali gus tidak mampu mempamerkan aksi perlawanan bergaya dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2022:

1. Jose Embalo

embal430234f_1656371932

Menggalas peranan sebagai penyerang pasukan Sabah FC, Jose Embalo sering mendapat kritikan pada setiap kemunculannya.

Mengikut Transfermarkt, nilai semasa dia mampu mencecah 226,000 euro (RM1.06 juta).

Bagaimanapun dalam tujuh kali penampilan pada musim ini, dia hanya mampu menjaringkan satu gol selain cuma mencipta satu bantuan gol (assist).

Kegagalan Embalo itu menyebabkan penyokong menyifatkan pemain Portugal itu ’scammer’ dan mengharapkan pengurusan melakukan rombakan pemain selain tidak menyambung kontraknya.

Rentetan itu, Embalo dikatakan tidak lagi berada dalam perancangan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee musim depan, namun belum ada sebarang 'hitam-putih' berhubung perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan setakat ini.

2. Nixon Guylherme

296955430_757304632070667_3658267636228429634_n

Penyerang Kelantan FC, Nixon Guylherme hanya membuat satu kemunculan dalam Liga M pada musim ini iaitu pada saingan Piala FA.

Dalam tempoh itu, dia hanya berjaya menyumbang satu assist tanpa meledak sebarang gol.

Menurut Transfermarkt, dia hanya masa sekitar 56 minit bermain di atas padangan sepanjang musim Liga M ini.

Popularitinya tidak sehebat kisah cintanya dengan penyanyi baharu rancangan realiti Big Stage, Yasmin Aziz yang lebih menonjol di media massa berbanding kebolehannya di atas padang.

3. Marc Vales

1464821

Tonggak pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA), Marc Vales Gonzalez atau Marc Vales turut tersenarai dalam kelompok pemain import yang disifatkan gagal.

Mengikut data Transfermarkt, kapten Andorra itu yang sepatutnya kebal menerajui benteng pertahanan dikatakan tidak mampu ‘mempertahankan’ benteng Kedah yang dikhabarkan terlalu mudah dibolosi musim ini.

Pemain kelahiran Andorra itu diterbangkan dari kelab Norway, Sandefjord dengan harapan untuk memantapkan pertahanan Sang Kenari.

Malangnya dalam 15 aksinya sepanjang Liga Super, Marc Vales gagal membantu Kedah daripada dibolosi sebanyak 41 kali sepanjang musim ini biarpun diketepikan pada awal musim rentetan kecederaan serius yang dialaminya.

4. Hyuri Henrique

1465608

Penyerang Selangor FC, Hyuri Henrique, juga tidak dapat melarikan diri daripada senarai 'flop' import Liga M musim ini.

Hyuri sebelum ini dikritik oleh penyokong skuad Gergasi Merah dan dianggap tidak memberikan sebarang sumbangan kepada pasukan.

Pemain kelahiran Brazil itu juga disifatkan satu pembaziran dan didesak untuk digantikan dengan peledak import baharu musim depan.

Dia juga tidak membuat sebarang kemunculan dalam saingan Piala Malaysia melainkan diturunkan dalam aksi Liga Super iaitu sebanyak lapan perlawanan.

Dalam saingan Liga Super 2022, Hyuri hanya menyumbang tiga jaringan, sekali gus dibayangi kecemerlangan seorang lagi penyerang import Selangor, Herlison Caion de Sousa Ferreira. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram