Kontrak bakal tamat, fans mahu Selangor 'rembat' Manuel Hidalgo


  • Podium
  • Sabtu, 15 Okt 2022

Biarpun berada di posisi sayap kanan, Hildago selalu menyumbat gol buat Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang

SEMAKIN hampir pembukaan jendela perpindahan, semakin rancak perbualan mengenai perpindahan pemain dari kelab ke kelab dalam Liga Malaysia.

Dengan beberapa kelab telah menukar ketua jurulatih mereka belakangan ini, penyokong bola tempatan sudah tidak sabar untuk melihat revolusi berlaku dalam pasukan mereka.

Bagi pasukan Selangor FC, pemilihan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih sudah memperlihatkan impak positif apabila merekodkan tiga kemenangan pertamanya bersama skuad The Red Giants.

Kini, Cheng Hoe sedang menguji para pemainnya bagi melihat sebarang perubahan yang perlu dilakukan bagi memastikan misi skuad Merah Kuning pada saingan musim hadapan dapat dicapai.

Situasi tersebut mendorong para penyokong untuk mengeluarkan pendapat mereka mengenai pemain berpotensi untuk mengisi kelompongan sedia ada pasukan dari Lembah Klang tersebut.

Penyokong The Red Giants, Mark Stephen menerusi laman group Selangor FC menyarankan pasukan tersebut untuk menyambar pemain muda import Sri Pahang, Manuel Hidalgo sebaik sahaja kontrak pemain itu tamat nanti.

Menurutnya, pemain berusia 23 tahun tersebut itu serba boleh dan kehadirannya mampu membantu pasukan Selangor yang sering 'malang' dalam memilih pemain-pemain import sebelum ini.

Cheng Hoe sudah memberikan impak positif kepada Selangor FC dengan tiga kemenangan berturut-turut. Facebook/ Selangor FC

"Manuel Hidalgo, antara pemain aku minat dekat Liga Super. Masa awal musim Pahang tak sambung kontrak dia dengan (Darry Herold) Goulon, aku berharap Selangor FC tandatangani kontrak dengan mereka.

"Main posisi sayap kanan, tapi lebih bertindak sebagai 'playmaker', boleh juga menjaringkan gol. Padu mat, scouting Pahang memang 'power' cari pemain. Selangor FC je asyik kena scam," katanya.

Cadangan itu mendapat respons baik daripada peminat-peminat Selangor FC yang mahu Hidalgo menjadi sebahagian daripada keluarga Selangor FC pada musim hadapan.

Afdlin Soski berkata: "Sama la... aku pun mintak-mintak dia masuk Selangor. Kita jangan pandang pada penjaring sahaja. Tapi kita perlu lihat siapa buat hantaran bola juga sampai jaringan itu diterima juga.

"Selangor dah ada Hein Htet Aung. Kita sebenarnya lompong pada pemain tengah pertahanan, bek tengah, bek kanan, bek kiri dan penjaring. Nak ambil dia boleh, tapi pastikan Darren Lok, Khuzaimi dan Syihan pun masuk. Tapi kalau dia boleh gilir-gilir dengan Htet Aung bagusnya," balas Adam Yahya.

Fazrul Nizam Joy menyambung: "Bagus, mamat ni kawal bola pun cun."

Sebagai rekod, setakat ini Hidalgo mengumpul tujuh gol, sembilan hantaran bola dan 1,944 minit perlawanan menerusi 22 penampilannya bersama Sri Pahang musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram