'Kalau betul-betul power tak apalah', penyokong persoal kemampuan 2 lagi calon naturalisasi


  • Podium
  • Rabu, 05 Okt 2022

Dua pemain KL CIty FC, Saad Paulo Josue (kiri) dan Romel Morales.

KHABAR angin dua pemain import Kuala Lumpur City FC (KL City) , Paulo Josue dan Romel Morales bakal mendapatkan status kewarganegaraan mengundang rasa kurang senang penyokong fanatik bola sepak tanah air.

Sebelum ini, media melaporkan Paulo Josue, 33, dan Romel Morales, 25, sedang dalam usaha untuk memperoleh kad pengenalan sekali gus bakal bertukar status sebagai pemain tempatan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) , Nokman Mustafa memaklumkan proses permohonanan akan selesai menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, dua pemain terbabit sudah cukup tempoh lima tahun pada penghujung tahun ini beraksi bersama KL City FC jika dinilai berdasarkan kepada kriteria utama.

Difahamkan, pihak KLFA akan menyelesaikan proses permohanan ketua pasukan KL City, Paulo Jouse pada bulan Oktober ini dan kemudiannya akan disusuli Romel Morales dijangka November depan.

Keputusan mendapatkan status kewarganegaraan bagi kedua-dua pemain itu dilihat seperti tidak memberi ruang dan peluang kepada anak tempatan yang berbakat untuk beraksi.

Malah ia juga dilihat satu pembaziran ekoran pembayaran gaji pemain naturalisasi yang dikatakan terlalu tinggi.

photo_6188006013710480283_y

Josue (tengah) mula beraksi dalam Liga Malaysia pada tahun 2017 bersama KL City dan menggalas tugas sebagai kapten. — Gambar Instagram/Josue

Pemerhati sukan bola sepak Malaysia, melalui akaun Twitter @OnefootballM turut mempersoalkan keputusan kedua-dua pemain itu bertukar status sebagai pemain tempatan kerana dilihat seperti tidak memberi peluang kepada pemain muda untuk menunjukkan bakat.

"Wajarkah Malaysia menaturlisasikan pemain berumur 30 ke atas atau tidak perlu langsung?

"Sebabnya gaji mereka tetap seperti pemain import walaupun dinatrulisasikan!

"Adakah suatu pembaziran? Bakat muda pula nak bermain di mana? Fikirkan," ciapnya.

Bagi penyokong @akidin, keputusan tersebut adalah tidak wajar dan pemain import yang melebihi tempoh lima tahun sepatutnya hanya diberikan kuota khas.

"Pemain yang lebih lima tahun, sepatutnya hanya diberikan kouta khas (tempatan), bukan terus bagi kad pengenalan.

"Yang betul-betul power, muda, ada kriteria 'melebihi kudrat pemain tempatan', barulah FAM boleh kira2 nak push untuk dapatkan kad pengenalan.

"Bukannya semua yang duduk lima tahun terus bagi kad pengenalan," tulisnya.

photo_6188006013710480281_y (1)

Morales beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun 2018. — Gambar Instagram/Morales

Menurut @Hadi5435909Hadi, sepatutnya pihak yang terbabit memberi lebih tumpuan kepada bakat pemain muda tempatan kerana ia boleh memberi impak pada arena bola sepak Malaysia.

"Susah juga,kalau kelab sendiri yang mahu pemain tersebut dinaturalisasikan.

"Patut kita fokus kembangkan bakat pemain tempatan dan tambahan pemain warisan..

"Padahal hasil gabungan pemain terbaik tempatan dan pemain warisan yang beri impak kepada skuad negara sekarang," katanya.

Untuk rekod Josue mula beraksi dalam Liga Malaysia pada tahun 2017 bersama KL City dan menggalas tugas sebagai kapten pada skuad Warga Kota.

Manakala Morales menyertai KL City pada 2021, selepas meninggalkan Melaka United, tetapi dia telah beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram