Mat Don lupa diri, ‘troll’ seluruh rakyat Malaysia kutuk Sumareh


  • Podium
  • Isnin, 26 Sep 2022

Khidmat Liridon (kanan) tidak digunakan Pan-gon dalam skuad Harimau Malaya untuk cabaran di Chiang Mai kali ini. — Facebook

PEMAIN naturalisasi, Mohamadou Sumareh menjadi buah mulut dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas aksinya bersama Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala Raja Thailand 2022 mengundang kontroversi kerana kekasaran terhadap beberapa pemain Tajikistan.

Persembahan pemain berusia 28 tahun itu dikritik kerana kerap melakukan banyak tindakan agresif termasuk serious foul hingga hampir dibuang padang selepas melakukan terjahan berbahaya terhadap pemain lawan, Ehsoni Panshanbe ketika dia sudah dilayangkan kad kuning.

Di sebalik kritikan yang diterima Sumareh, pemain dari Fajara, Gambia itu menerima back-up daripada seorang lagi naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang memuat naik satu hantaran Instagram Story.

307573594_788431242230114_7588878089797343934_n

Sebahagian aksi Sumareh ketika menentang Tajikistan pada Ahad. — Facebook

Liridon atau gelarannya Mat Don menyelitkan mesej bernada sarkastik yang dipercayai ditujukan kepada penyokong bola sepak tempatan.

"We are Malaysian when we win, an immigrant when we lose... (Kita jadi rakyat Malaysia apabila menang, tetapi dianggap imigran jika kalah," tulisnya.

Melihat hantaran tersebut, Liridon yang kini dipinjamkan ke kelab Thailand, Khon Kaen United, dianggap memerli seluruh rakyat Malaysia kerana mengutuk Sumareh.

Dia seolah-olah memberi bayangan kononnya memahami situasi rakan sepasukannya di Johor Darul Takzim (JDT) itu yang menjadi mangsa kecaman kerana prestasi buruk yang ditunjukkan.

WhatsApp Image 2022-09-26 at 15.08.31

Tangkap layar Instagram Story Liridon. — Instagram

Khidmat naturalisasi pemain dari Vitina, Bosnia Herzegovina itu tidak digunakan Pan-gon dalam skuad Harimau Malaya untuk cabaran di Chiang Mai kali ini, namun dia pula yang dilihat lebih panas hati.

"Dia (Sumareh) tahulah apa dia buat Mat Don oiii... yang hang (kau) terasa pasai pa (kenapa)...dah duduk kat luar sana diam-diam," komen Kamar Azlan di Facebook Pencinta Bola Sepak Malaysia.

Untuk Liridon mengeluarkan kenyataan sedemikian disifatkan seperti lupa diri kerana dia juga pemain naturalisasi negara.

"Biasalah tu...sedangkan (pemain) warganegara pun kena kritik (mungkin merujuk persembahan Azam Azih sebelum ni).

"Siap nak buang lagi, apatah kau yang tiba-tiba dapat masuk sini (jadi naturalisasi)," komen Eka Syafiqah Ismail.

Ewg-jA-VkAYANwC

Tiga pemain naturalisasi negara iaitu Sumareh (kiri), Guilherme de Paula (tengah) dan Liridon (kanan). — Vocket FC

Rata-rata penyokong turut berpendapat, naturalisasi termasuk Liridon dan Sumareh perlu melihat diri sendiri di hadapan cermin dan menilai prestasi masing-masing.

Mereka perlu meningkatkan usaha dan prestasi masing-masing atau akan terus dilabel tidak lagi relevan untuk Harimau Malaya.

"Maaf kadang-kadang penyokong terlepas cakap juga, harap Sumareh bangkit dan tunjukkan prestasi cemerlang," tulis Adam Aiman pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram