'I'm watching,' Legenda Selangor ada pesanan khas buat Tan Cheng Hoe


  • Podium
  • Ahad, 25 Sep 2022

Cheng Hoe perlu mementingkan kualiti seseorang pemain berbanding sikap mereka di luar padang. — Facebook

TUGAS yang perlu digalas ketua jurulatih Selangor FC baharu, Tan Cheng Hoe adalah satu tanggungjawab yang berat dan demanding memandangkan pasukan itu gagal menjulang piala untuk lima tahun kebelakangan ini.

Legenda bola sepak kebangsaan, Khalid Ali berkata, Cheng Hoe perlu membuat pemilihan yang baik dari segi penentuan pemain tempatan dan import bagi memastikan satu pasukan yang kuat serta mantap dapat dibentuk.

"Cheng Hoe kena ingat, ini pasukan Selangor, bukan pasukan Negeri Sembilan, Melaka ataupun Perlis. Kita telah kecundang selama lima tahun tak dapat apa-apa trofi, so expectation kami di Selangor memang tinggi.

"Dia tak boleh tangkap muat pemain yang dimahukan. Dia kena honest dengan tugas dia. Jangan ambil pemain yang dia favour...kena ambil pemain yang dia rasa boleh bantu pasukan untuk dapat sekurang-kurangnya satu piala tahun depan.

"I'm watching and I'm going to honk every one of you if you fail. Saya dan penyokong memang mengharapkan satu kejuaraan sekurang-kurangnya," katanya kepada Majoriti.

khalid ali

Khalid merumuskan bahawa Selangor FC perlu mencari tonik untuk menggerakkan pemain supaya dapat memberi komitmen sepenuhnya di atas padang.

Khalid Ali yang juga bekas pemain Selangor berkata, Cheng Hoe kena beri satu perubahan kepada Selangor FC seperti apa yang dilakukan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kepada skuad negara.

Sebagai bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Khalid berasakan Cheng Hoe perlu mementingkan kualiti seseorang pemain berbanding sikap mereka di luar padang.

"Seperti apa yang kita nampak pasukan Harimau Malaya sekarang cukup bagus. Itu satu perubahan yang Pan-gon buat walaupun pemain-pemain itu pemain yang sama tiga ke empat tahun kebelakangan dahulu.

"Di sini kita nampak sifat kepimpinan yang bagus adalah sangat penting. A quality leadership will get a quality team.

"Jadi jangan ambil player yang kita kenal, yang dengar cakap kita, yang bersama dengan kita tapi dia tak boleh memberi understanding kepada pasukan. Sikap favor pemain ini kena buang," tegasnya.

Khalid berkata, dia berasakan ramai bekas pemain Selangor yang beraksi bersama kelab lain dalam Liga Malaysia boleh dipanggil balik untuk memperkuatkan pasukan.

Namun katanya, pemilihan mereka perlu dibuat dengan ikhlas dan pihak pengurusan serta kejurulatihan perlu menjernihkan sebarang konflik yang pernah timbul dengan mana-mana pemain sebelum menandatangani mereka.

DAATzr5VoAA13GW

Amri Yahyah antara nama yang disebut untuk dipanggil semula ke Selangor FC. — Facebook

"Pengurusan dan jurulatih kena profesional serta bersikap positif dengan apa yang sudah berlaku. Hati tu kena terbuka untuk panggil balik mereka.

"Ada pemain walaupun dah berusia seperti Amri Yahyah tapi boleh bermain lebih baik daripada pemain muda. Apa salahnya kita guna tenaga dia, put aside perkara lama.

"Kalau pemain tu vocal, it is an idea dia nak bagi, bukan nak berdebat tapi nak berbincang untuk kebaikan pasukan," tambahnya.

Khalid merumuskan bahawa Selangor FC melalui jurulatih baharu perlu mencari tonik untuk menggerakkan pemain supaya dapat memberi komitmen sepenuhnya di atas padang.

"Pemain-pemain ini nak ikutkan kebanyakannya taraf dia sama saja tapi macam mana nak tadbir mereka, macam mana nak push mereka supaya bermain full-hearted.

308689451_787614905645081_4550713779465001275_n

Pasukan Harimau Malaya lebih garang di bawah kendalian Pan-gon. — Facebook

"Cheng Hoe seorang jurulatih berpengalaman di peringkat antarabangsa. Rasanya saya tak perlu nak nasihat lebih-lebih dalam pemilihan pemain.

"Dia tahulah, tapi the only thing dia kena ikhlas buat kerja ni, kena ikhlas buat pemilihan pemain. Jangan kata pemain ni ada perangai la, attitude la, tapi he's playing good.

"Luar padang dia punya hal, as long he gives his best atas padang, you kena accept it. Yang nak dipantau pun masa apabila mereka atas padang.

"Lihat sahaja Pan-gon dengan muka-muka sama tapi dia bawa satu perubahan kepada pasukan Harimau Malaya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram