Berkongsi mata dengan JDT II teraju Liga Perdana, penyokong TRW risau kempunan 'main bunga api'


  • Podium
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Penyokong TRW berharap kelab kesayangan mereka muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini. — Facebook/TRW

PERSAINGAN merebut takhta Liga Perdana musim ini menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan, Johor Darul Takzim II (JDT II) dan Kelantan FC kini masing-masing berkongsi 36 mata dalam aksi yang cuma berbaki dua perlawanan.

Ketika ini, kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan perbezaan gol yang berpihak kepada JDT II.

Ini bermaksud, kedua-dua pasukan memiliki peluang hampir sama rata untuk meranapkan impian pasukan lawan dan tiada kesilapan dibenarkan berlaku dalam dua baki perlawanan akan datang.

Untuk memastikan kejuaran milik mereka, pasukan JDT II perlu menjinakkan pasukan Terengganu II pada 4 September dan pasukan Selangor II pada 17 September.

Sementara itu, nasib pasukan The Red Warriors (TRW) pula akan ditentukan pada pertemuan menentang Kelantan United FC dan Selangor II dalam baki dua lagi perlawanan.

Melihat kepada situasi itu, penyokong TRW mula gusar dengan keadaan pasukan kesayangan mereka lebih-lebih lagi apbila mereka sudah bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Sama hebat dengan pasukan 'abang', JDT II kini mencabar kedudukan pendahulu Liga Perdana. Facebook/ TRW

Wira Yassin menerusi laman The Red Warriors Malaysia: info Bola Sepak TRW Kelantan FC| Malaysia bertanya mengenai kemungkinan yang bakal menimpa skuad kendalian Rezal Zambery Yahya itu.

"Mana yang belum tidur tu. Jujur Abang Sin mahu tanya, Masih ada harapan lagi ke puak kita nak main bunga api stadium?" katanya.

Soalan itu disahut Aiman Hakim Hakim: "Insya-ALLAH ada. Kalau tak ada pun, kita terima... janji main Liga Super tahun depan."

"Pasti boleh Sin. Jangan kata bunga api, bunga gunung berapi pun boleh tahun ini," jelas Nikzaid Zaid Tq.

Mohd Lokhman menambah: "Saya harap Terengganu II dapat kalahkan JDT II. Itulah penentuan, sebab kalau tidak, kita tidak ada harapan." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram