Penyokong Kenari dah mula 'cemuih' dengan Aidil Sharin


  • Podium
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada 2019. — KDA FC

GERAM dengan kekalahan sebelum ini di tangan pasukan Terengganu FC dengan corak permainan yang dipamerkan skuad Hijau Kuning, penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC mahu pihak pengurusan mengambil langkah drastik menggantikan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Walaupun menang bertemu pasukan Sarawak United 3-1 sebelum ini, masih terdapat desakan daripada penyokong Kedah untuk menyingkirkan Aidil kerana corak permainan yang dipamerkan tidak begitu efektif.

Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada 2019 yang mana penampilan pertamanya pada 2 Februari 2019, pasukannya menang 2-0 menentang PKNP menerusi gol Shakir Hamzah dan Jonathan Bauman.

Jurulatih kelahiran Singapura ini pernah membawa pasukan Kedah menjuarai Piala FA 2019, menduduki tempat kedua liga pada musim 2020 dan 2021 serta terbaru berjaya meraih tiket ke separuh akhir saingan Piala AFC bagi zon ASEAN.

WhatsApp-Image-2022-07-19-at-11.07.57-PM

Mahmoud Al-Mardi menjaringkan dua gol ketika menang 3-1 ke atas Sarawak United FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Selasa. Facebook/ Kedah FC

Di ruangan komen Facebook, rata-rata penyokong Kedah tidak lagi mahu Aidil membimbing pasukan mereka kerana taktikal yang dibawa oleh jurulatih berusia 45 tahun itu dilabel sebagai 'berkarat'.

"Bila dah lama sangat duduk dekat Kedah, idea pun dah tak ada, lepas itu tak tahu nak buat taktikal baharu," jelas Faisal Ismail.

"Pemain main macam kayu, macam itu sahaja corak permainan, kalau ambil jurulatih kecergasan orang luar takut pemain pula tak tahan training," kata Mohd Ismail.

"Coach macam ini dah berlambak dekat Kedah, permainan hancur lembik, tak ada yang boleh dibanggakan," ujar Pak Ngah.

"Sila tinggalkan pasukan Kedah, kami mahu tukar ketua jurulatih yang boleh cabar kekuatan JDT," tulis Shahzril Azman.

Kedah kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 17 mata selepas kemenangan kelima yang dilakarkan ketika menentang Sarawak United pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram