'Kedah level Asia, sambil minum ayaq pun boleh menang besar lawan PJ City'


  • Podium
  • Isnin, 09 Mei 2022

Sebahagian pemain KDA FC menjalani latihan menjelang aksi bertemu PJ City FC pada malam esok. — Facebook

MENJELANG pertembungan dengan Petaling Jaya (PJ) City FC dalam aksi Liga Super pada Selasa, rata-rata penyokong skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC berharap barisan pemain yang bakal diturunkan tidak membuat kesilapan yang boleh menyebabkan kekalahan kepada pasukan gergasi utara tanah air itu.

Seorang penyokong, Diazrehar Sukty Mohd Noor berkata, pemain perlu bangkit dari kekalahan dan konsisten mencipta kemenangan untuk mencabar tiga pasukan teratas carta Liga Super iaitu Negeri Sembilan FC (NSFC), Johor Darul Takzim (JDT) dan Sabah FC.

"Tunjukkanlah anda semua bangkit dari kekalahan dan konsisten kemenangan untuk cabar main sehingga wisel penamat.

"Dapatkan gol selagi boleh, main demi negeri dan penyokong. Sekarang anda bolos 11 dalam 3 perlawanan...kami mahu anda jaring 11 gol dalam 3 perlawanan dan kemenangan dalam 3 perlawanan seterusnya," katanya di ruangan komen Facebook KDA FC.

netz kdh pj2

netz kdh pj 3

netz kdh pj

Tangkap layar sebahagian komen penyokong terhadap aksi Kedah menentang PJ City pada malam esok. — Facebook

Redza Aziz pula berharap pemain Kedah tidak akan mengulangi kesalahan khususnya kesilapan individu kerana ia akan menjejaskan keseluruhan pasukan.

"Harapnya lepas ini, korang jangan buat personal mistake. Effect satu pasukan. Bila Bad (Baddrol Bakhtiar) tak ada, tiada siapa nak layan, tegur, jaga korang atas padang.

"Pandai-pandai la bawak diri lepas ni. Kalau tak cun, musin depan 'babai' la...," tegurnya.

Wan Kamarul Zaman pula meninggalkan komen berbaur sindiran terhadap skuad Sang Kenari.

"Setakat PJ City tu, Kedah main sambil minum ayaq (air) pun boleh menang besar, depa dah la tak pandai main bola, level pun level cap ayam ja.

"Beza dengan Kedah yang dibarisi pemain anak jati Kedah yang level AFC, Kedah tanpa import pun boleh 'balun' depa cukup-cukup supaya depa sedaq diri yang depa lawan Kedah yang level Asia. Setiap tahun main AFC," katanya sinis.

Skuad Hijau Kuning kini di kedudukan keempat dalam carta Liga Super, berkongsi 12 mata dengan Sabah FC yang berada di tangga ketiga.

PJ City pula yang mempertaruhkan pemain tempatan 100 peratus kini menduduki tangga ketujuh carta dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan tiga tewas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram