JOHOR Darul Takzim bakal beraksi semula dalam Liga Super pada Rabu selepas tidak beraksi beberapa perlawanan akibat Liga Juara-Juara AFC baru-baru ini.
Penyandang juara itu bakal berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk aksi tumpuan minggu ini untuk berdepan pendahulu Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC).
Rata-rata penyokong JDT bagaimanapun sudah dapat mengagak taktikal yang bakal digunakan oleh ketua jurulatih NSFC, K Devan pada perlawanan itu nanti.
Menurut mereka, kebiasaannya banyak kelab dalam Liga Super akan bertahan habis-habisan apabila menentang JDT untuk mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri.
Justeru, NSFC juga dijangka akan melakukan taktikal sebegitu terutama bagi terus mengekalkan kedudukan mereka dipuncak liga.
"Rasanya Negeri Sembilan tak main open play, pasti mereka letak bas Port Dickson," kata Hai Khai.
"Takut main parking bas macam kelab lain main dengan JDT," kata Syed Isahak.
"K Devan pasti akan main parking bas punya... seperti mana masa dia bimbing Mifa (kini PJ City FC)," kata Mohd Huzaini Othman.
"Untuk pertahankan rekod tanpa kalah, pasti Negeri Sembilan longgok 10 orang dalam kotak penalti dan target curi satu mata bila bertemu JDT. Kebanyakkan team pun akan buat begitu," kata Bakar Ghaffar.
NSFC ketika ini sedang memimpin Liga Super selepas enam perlawanan dengan 14 mata, di depan Johor Darul Takzim (JDT) yang kurang dua perlawanan.
Pasukan itu juga masih belum tewas dalam sebarang perlawanan buat masa ini.
JDT pula berada di tangga kedua dengan 12 mata selepas mencatatkan rekod bersih musim ini dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram