‘Bila NSFC di puncak, mulalah orang politik sibuk nak claim.. menyemak’


  • Podium
  • Isnin, 09 Mei 2022

NSFC ketika ini memimpin Liga Super selepas enam perlawanan tanpa kalah. — NSFC

PRESTASI pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) yang menduduki tangga pertama Liga Super ketika ini mengejutkan ramai pihak dan ternyata membanggakan penyokong-penyokong setia Hobin Jang Hobin.

Perkara itu turut mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani yang memuji kehebatan pasukan itu bersaing pada musim pertamanya.

Beliau memuatnaik satu hantaran Facebook memberi kredit terhadap Menteri Besar, Datuk Aminuddin Harun yang menurutnya telah banyak membantu pasukan itu sehingga mampu bersaing seperti hari ini.

Katanya, Aminuddin memainkan peranan besar terhadap kejayaan pasukan itu ketika ini dan telah banyak membantu mendapatkan dana sehingga RM10 juta bagi pembangunan pasukan.

Kenyataannya itu mendapat perhatian daripada penyokong-penyokong NSFC di media sosial yang rata-rata kurang senang dengan sikap ahli politik yang hanya 'timbul' apabila sesebuah pasukan sedang berada di puncak.

Menurut penyokong, ketika zaman kejatuhan NSFC sebelum ini, mereka langsung tidak mendengar suara ahli-ahli politik yang mengambil berat mengenai pasukan itu.

"Bila menang semua nak ada nama... sebelum ni mana hilang?" soal Ajin Kimura.

"Nak juga dapat nama tu," kata Topex Sharif.

"Timbul time menang... kalau kalah muka pun tak nampak," ujar Azman Muksin.

"Menang sibuk claim... bila banyak kalah mereka nak claim tak? Sebab itulah aku benci orang polit**k," kata Pendita Alam.

"Kira masa Negeri Sembilan tengah jatuh tu macam mana pula? YB sedang tidurkah? Kira baru terjagalah ni ya?" soal Adi Putera.

280285024_509354624100526_8620278157196225046_n

Hantaran Facebook Taufek pada Ahad.

Semakan di laman Facebook Taufek bagaimanapun mendapati bahawa hantaran itu sudah pun dipadam olehnya.

NSFC ketika ini sedang memimpin Liga Super selepas enam perlawanan dengan 14 mata, di depan Johor Darul Takzim (JDT) yang kurang dua perlawanan.

Pasukan itu juga masih belum tewas dalam sebarang perlawanan buat masa ini.

Pada perlawanan berikutnya, NSFC bakal berdepan tugas berat menentang JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram