Jadi pencabar utama JDT, skuad Jang Hobin kini sebaris kelab EPL


  • Podium
  • Ahad, 08 Mei 2022

NSFC menumpaskan Sarawak United 2-1 pada perlawanan Jumaat di Stadium Negeri, Kuching.

MENUMPASKAN Sarawak United 2-1 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak membuatkan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan Liga Super 2022.

Kemenangan tiga mata di ke atas Sarawak United menyaksikan Negeri Sembilan merampas status pendahulu daripada Johor Darul Takzim (JDT) dengan 14 mata dari enam perlawanan, diikuti JDT yang mempunyai 12 mata selepas empat aksi pada musim ini.

Aksi cemerlang dari pendatang baru Liga Super itu memperlihatkan bahawa skuad berkenaan sentiasa memberikan saingan sengit dengan pihak lawan sehingga berjaya menumpaskan kelab gergasi seperti Juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City.

k devam

Sebelum ini media melaporkan, Devan menyifatkan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki skuad kendaliannya itu.

Skuad di bawah kendalian K Devan itu diberikan pujian melambung oleh para penyokong bola sepak tempatan termasuk dari kelab lain kerana berjaya mengekalkan konsisten dan momentum sehingga berjaya memintas pendahulu liga, JDT.

Penggguna Facebook, Mohd Hairi berkata NSFC selayaknya diberikan pujian kerana aksi memberangsangkan yang dipamerkan pasukan itu dan dia berharap agar lebih banyak pasukan Liga Malaysia lain mencontohi konsistensi skuad berkenaan.

"Tahniah kepada NSFC, sungguhpun pendatang baru dalam Liga Super tapi mampu beri saingan padu kepada kelab-kelab lain dan mampu memintas dominasi JDT dalam Liga Super. Harap akan lebih banyak kelab-kelab dalam Malaysia yang mampu mengekalkan konsistensi macam NSFC biar peminat tidak mengantuk ketika perlawanan," katanya.

"Tahniah NSFC, kekalkan momentum untuk terus berada dalam liga super, cukup sekadar kita mengekalkan kedudukan dalam Liga Super. Ada rezeki lain, kita tunggu. Biar tunduk tapi berisi. Moga menjadi pasukan yang mampu berdaya saing ke tahun-tahun seterusnya," Sharul Nizam yang senada dengan Mohd Hairi.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan NSFC seperti kelab Liga Inggeris, Brentford FC kerana pasukan yang dianggap underated tapi mampu mengalahkan kelab ternama, Chelsea.

"NSFC macam Brentford Malaysia pengacau pasukan-pasukan besar dalam liga. Teruskan beri yang terbaik Negeri Sembilan," ujar pemilik akaun, Faizzuden Fauzi.

Brendford merupakan pendatang baharu EPL pada musim ini dan kini menduduki tangga ke-12 selepas 36 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram