Penyokong Sang Penyu 'patah hati' dengan ex-duo Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 30 Apr 2022

Kipre (belakang, kiri) dan Habib (depan, kiri) antara import yang disebut peminat untuk ditukarkan serta-merta TFC dalam jendela perpindahan kedua. — Facebook

MESKIPUN Terengganu FC melakar kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC sekali gus menempah tempat dalam slot terakhir di Pusingan Kedua Piala FA baru-baru ini, namun masih terdapat cakap-cakap kurang enak terhadap prestasi yang ditunjukkan sesetengah pemain.

Ibarat rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Begitulah yang terjadi apabila ada penyokong skuad Sang Penyu merasakan pemain yang kurang menyerlah wajar ditukar semasa jendela perpindahan kedua kelak.

Seorang penyokong, Mohd Irwan Affendi merasakan dua pemain import The Turtles perlu ditukarkan pada jendela perpindahan kedua itu kerana dianggap satu pembelian tidak berbaloi oleh pihak pengurusan.

"Kipre Tchetche ni boleh kata gaji mahal tapi main biasa-biasa saja...main dengan Kpah Sherman di Kedah dah lama tapi macam tak serasi. Dah perlahan sangat (rentak permainan) mungkin faktor umur.

"Jendela perpindahan nanti bolehlah tukar pemain import baharu," katanya di ruangan komen Facebook kelab penyokong Terengganu FC.

download (1)

Njoku Jacob bermain bersama Kelantan United buat masa ini. — Facebook

Mohd Irwan berpendapat, pihak pengurusan boleh cuba merisik pemain import dari Nigeria, Njoku Jacob yang kini bermain bersama Kelantan United.

"Power juga tu (Njoku Jacob). Dan Habib Haroon pun boleh tukar cari yang lebih power lagi.

"Kita nak piala tapi kalau penyerang tak boleh, tak berapa menjadi baik tukar yang lebih bagus," katanya.

Nama Kipre dan Habib sudah beberapa kali 'dipetik' peminat Sang Penyu untuk ditukarkan serta-merta daripada TFC dalam jendela perpindahan kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram