RANCANGAN kerajaan untuk mengeluarkan sendiri kad perakuan kepada pelarian nampaknya menerima kecaman orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pelaksanaannya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kad tersebut akan dikeluarkan melalui agensi yang bertanggungjawab dalam perihal tersebut.
Katanya, Malaysia yang sepatutnya menentukan sama ada pelarian itu boleh tinggal di negara ini dan diberikan kad dikeluarkan oleh agensi kerajaan Malaysia bertanggungjawab.
Pada April 2020, Hamzah dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian etnik Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang tanpa izin yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Menerusi hantaran komen di laman Facebook, Uda Salleh berkata, cadangan untuk mengeluarkan kad perakuan kepada pelarian sebagai tidak relevan.
Uda Salleh turut mempersoalkan kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab bakal mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan.
Selain kad tersebut tiada makna, dia mencadangkan supaya kerajaan menghentikan untuk menerima pelarian dan pendatang tanpa izin etnik Rohingya.
"Cukuplah 100,000 golongan mereka di dalam negara kini. Kerajaan perlu bertegas bahawa UNCHR tidak boleh dibenarkan keluarkan kad perakuan pelarian lagi.
"Kerajaan perlu mendesak mendesak UNHCR dan PBB selesaikan reptrariasi pelarian kembali ke negara asal secepat mungkin," katanya.
Respons segelintir rakyat di negara ini yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pengeluaran kad perakuan pelarian.
Selain itu, Ariel Razali berkata, sekiranya kad perakuan tersebut dikeluarkan, ini bermakna Malaysia akan sudi terima pelarian asing di negara ini.
"Lepas tu depa (mereka) tuntut pula kerja di negara kita. Beranak pinak pula dekat sini.
"Bukan sekadar untuk justifikasi individu penerimaan ini. Akhirnya, Malaysia hanya sekadar menjadi Malaysia lama. PATI berlambak-lambak tak terkawal," katanya.
Tangkap layar komen rakyat Malaysia berhubung kad perakuan pelarian.
Turut berpendapat sama, Yeo Wiee W berkata, tiada keuntungan diperoleh untuk menyimpan warga asing, apatah lagi ekonomi Malaysia makin tenat.
Tambahnya, Malaysia juga terpaksa memberi makan dan minum kepada puak yang tidak menyumbang kepada ekonomi negara ini.
"Lagi parah DNA Melayu rosak bila mana ada yang berkahwin dengan diorang (mereka) ni," katanya.
Amranimran Amranimranamdanli pula berkata, dia seolah-olah serik apabila Malaysia menerima pelarian dari etnik Rohingya.
Katanya, semakin ramai etnik itu dibawa masuk ke negara ini, semakin ramai yang mengambil alih sektor perniagaan serta pekerjaan.
"Hingga mereka bermaharajela di tempat kita. Bantulah rakyat Islam dari negara lain pula," sarannya.
Hayroll Roll Roll berkata: "Carilah rakyat sendiri yang tiada pengenalan diri, ni sibuk dengan warga asing,"
Aswang Otai menulis: "Sudah tiba masanya rakyat Malaysia buat himpunan besar besaran membantah apa yang kerajaan buat untuk pelarian Rohingya, (dengan) memberi kad pelarian pada puak pendatang, mana pergi suara-suara NGO (badan bukan kerajaan)?"
Sebelum ini, Hamzah berkata, pihak berkuasa masih memburu baki 61 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Beliau berkata, ketika ini, pihak berkuasa sedang mengenal pasti lokasi sebenar mereka yang dipercayai berada di Selayang, Selangor.
Pada 20 April lalu, seramai 528 tahanan merusuh dan melarikan diri daripada depot tahanan namun lebih 460 pelarian tersebut berjaya ditahan semula manakala tujuh daripada mereka maut akibat kemalangan dalam cubaan melintas di kawasan Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (Plus). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram