72 tahanan Rohingya masih diburu


  • 112
  • Ahad, 24 Apr 2022

Unit K9 ketika operasi mencari etnik Rohingya di dalam hutan sekitar Nibong Tebal yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap. — Bernama

POLIS masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lapan pelarian telah ditahan semula pada Sabtu dan Ahad, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.

"Setakat petang Ahad, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.

Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuh Raya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram