ISU minat dalam kalangan pelajar terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus dibicarakan sehingga ke hari ini.
Minat yang berkurangan dalam kalangan pelajar akan menjejaskan usaha Malaysia menuju ke arah negara maju.
Pada Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan bidang perniagaan, perakaunan dan kewangan di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam serta luar negara kekal sebagai pilihan utama pelajar Malaysia tetapi bukan STEM.
Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet menyifatkan pekerjaaan berasaskan STEM tidak mendapat gaji yang munasabah berbanding bekerja dalam sektor lain.
"Buat apa belajar susah-susah bila nanti dapat gaji minima sahaja bila mula kerja.
"Gaji minima yang bukan livable wage pula itu. Baik kerja butik Uniqlo. Gaji permulaan RM3,800," kata seorang pengguna Twitter, @cat_melll.
Pendidikan STEM dijangka membantu Malaysia capai status negara maju.
Seorang lagi pengguna Twitter, @llaori mendedahkan pengalamannya sewaktu meminta kerja di sebuah kilang.
"Saya dapat tawaran kerja dekat kilang swasta, urus sisa barangan elektronik and that company harvest precious metals from those waste.
"Saya lulus temuduga itu. Apabila ditanya berapa pihak syarikat nak bagi gaji pada saya, mereka cakap RM1,400 ke bawah," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram