SERAMAI 39 pengawal keselamatan dilaporkan menuntut majikan mereka untuk melunaskan tunggakan gaji masing-masing.
Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Khairol Aizeiq Nazarol, syarikat berkenaan didakwa tidak membayar gaji pekerja pengawal keselamatannya di Zon Port Dickson 2, Negeri Sembilan dan gagal mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 18 bulan.
Rakaman pengawal keselamatan menuntut gaji dengan majikan mereka.
"Selama tiga bulan bermula dari Januari, Februari dan Mac, bayaran gaji kami tidak dijelaskan.
"KWSP kami selama 18 bulan juga tidak dicarum, apatah lagi caruman Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," dakwanya.
Menurut memo yang dikeluarkan syarikat tersebut, pembayaran tunggakan gaji itu akan diselesaikan dalam tempoh masa dua minggu daripada tarikh perbincangan bersama para pekerja pada 7 April lalu.
Ini bermakna tempoh bayaran sepatutnya diselesaikan pada Khamis.
"Namun, sehingga kini tiada sebarang bayaran dilakukan, malah pejabat dan pihak pengurusan mendiamkan diri dengan tidak menjawab panggilan pekerja.
"Telefon pejabat tak dapat. Dengan kuasa tular, harap syarikat dapat membayar gaji kami," tambahnya.
Majoriti sedang menunggu kenyataan rasmi daripada syarikat berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram