MESKIPUN tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, selain berdepan dengan isu tunggakan gaji, penyokong Perak FC tetap memuji pasukan semangat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh pasukan itu.
Perlawanan Liga Perdana pada malam Sabtu itu menyaksikan, JDT II mendapat kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak FC di Stadium Perak, Ipoh, Perak.
Tampil mengulas perkara itu, seorang pengguna Facebook, Asraff Muhkriz Solahuddin bukan sahaja memahami situasi sukar dihadapi pemain pasukan itu, malah turut memuji corak permainan The Bos Gaurus.
"Passing tetap lawa bagi aku. Dengan gaji tak dapat, pengurusan hampeh tetapi pemain tetap bermain bersungguh-sungguh. Good job," katanya.
Tangkap layar komen penyokong terhadap kesungguhan pemain Perak FC ketika perlawanan malam Rabu.
Turut memberi semangat, Mohd Shawal Khairuddin mendoakan supaya Perak FC akan jadi pasukan yang hebat walaupun ketika ini hanya jadi pasukan 'belasahan'.
"Teruskan perjuangan dan jangan mengalah Perak FC," katanya.
Sejati Jati menulis: "Tahniah Perak, walaupun kalah, tetapi bersemangat. Pasukan lain belum tentu lagi macam ni jika alami masalah yang sama,"
Tambah Hadi Nadzir: Tidak mengapa pemain Perak FC. Kami faham keadaan sekarang. Moga terus semangat nak main utk Perak. Moga semua kemelut ni akan berakhir,"
Terdahulu, Perak FC mendapat 'lampu hijau' apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mahu menyelesaikan rundingan pertukaran hak milik dengan pemilik baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakaria jelas gembira dengan keputusan MFL itu, sekali gus memberi peluang kepada pihaknya mendapat 'tambahan masa' sehingga 29 April ini.
Menurut Yunus, perbincangan membabitkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd dan bakal pemilik baharu Perak FC sudah berada di fasa terakhir dan perjanjian tersebut akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Pada 1 April lalu, Perak FC dikenakan pemotongan tiga mata kerana kegagalan melunaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai bagi semua tunggakan setakat November 2021.
The Bos Gaurus diberi 'peluang kedua' sehingga 14 April untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih gagal menjelaskan tunggakan gaji berkenaan sehingga dikenakan pemotongan enam mata.
Perak FC bernasib baik tidak dikenakan sebarang hukuman lebih berat sekalipun masih gagal mengemukakan dana bukti (proof of funds) kepada MFL pada 21 April - tarikh akhir ditetapkan badan pentadbir Liga-M itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram