'Lu jumpa pemain, lu cakap ada pun duit nak makan' — Khalid Jamlus


  • Podium
  • Ahad, 24 Apr 2022

Khalid Jamlus sebelum ini memang lantang bersuara mengenai pemilik Perak FC dan isu pemain tidak mendapat gaji. — Bernama

BEKAS pemain Perak, Khalid Jamlus nampaknya memuat naik satu status yang mengundang tanda tanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi status tersebut, Khalid seolah-olah mempertikai tindakan seorang majikan yang didakwa menghina pemain.

WhatsApp Image 2022-04-24 at 2.27.43 PM

Status yang dimuat naik Khalid Jamlus di akaun Instagram miliknya.

"Hello bro, lu ni bos mereka kot. Tapi lu jumpa pemain kat kedai makan. Lepas itu lu cakap pada pemain itu, ada pun duit nak makan.

"Apa punya manusia lu ni bro, mereka main untuk kau dan kau tak bayar gaji pula tu.

"Ayat lu bro macam hina dan caci pemain tu bro. Bukan lu patut bagi duit ke? Cerdik sikit bro, jangan hina pemain-pemain itu bro," katanya.

Khalid tidak menyatakan secara terperinci kepada siapa status berkenaan ditujukan namun apa yang diketahui, bekas pemain kebangsaan itu sangat aktif bersuara mengenai pemain Perak FC yang tidak dibayar gaji.

Malah, Khalid juga sebelum itu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Perak FC, Impact Media and Communication (IMC) yang didakwa enggan menyerahkan kelab itu kepada syarikat yang berminat, sebaliknya cuba mencari pembeli lain.

"Pihak yang nak ambil alih tu dah ada... IMC dan satu satu syarikat lain dah buat perjanjian dua minggu lalu tetapi setakat ini perjanjian itu sentiasa tertunda.

"IMC masih sedang cuba untuk mencari syarikat lain bagi menggantikan syarikat sedia ada ini yang mahu mengambil alih," katanya dalam satu siaran langsung di TikToknya.

Untuk rekod, IMC masih memiliki Perak FC walaupun sebelum ini ada beberapa syarikat dikatakan sudah mula membuka tawaran untuk membeli Perak FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram