‘Selagi tiada hitam-putih, selagi itulah tak percaya majikan Perak FC’


  • Podium
  • Jumaat, 22 Apr 2022

Kemelut gaji pemain Perak FC dilihat masih tiada kesudahan. — Facebook

TINDAKAN Impact Media and Communication Sdn Bhd (IMC) yang didakwa enggan melepaskan Perak FC kepada JR Resources and Services Sdn Bhd (JR) menimbulkan rasa curiga dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.

Pengambilalihan oleh pemilik baharu yang sepatutnya berlaku pada Rabu (20 April), tidak terjadi seperti diharapkan.

Ramai peminat Perak FC mengharapkan pengambilalihan akan terjadi berikutan Malaysian Football League (MFL) sebelum ini memberikan tempoh sehingga 21 April untuk kelab tersebut menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu sekiranya tidak mahu berdepan sebarang tindakan lanjut.

Namun, badan bebas “First Instance Body' (FIB) pada Khamis membuat keputusan meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.

Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir, selepas meneliti dan memperhalusi permohonan Perak FC pada 18 April 2022, pihak Jawatankuasa FIB memberikan ruang untuk pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan segala proses rundingan bersama pemilik baharu sehingga 29 April 2022.

“Bagaimanapun sekiranya Perak FC masih gagal menyelesaikan urusan berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan maka pihak Jawatankuasa FIB akan mengambil tindakan lanjut serta membawa perkara ini ke pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.

Difahamkan, sebuah syarikat telekomunikasi dilaporkan menunjukkan minat yang serius untuk mengambi alih Perak FC

Menurut seorang pengguna Facebook, Pamikiey Paminator, selagi tidak menandatangani sebarang dokumen hitam putih, para peminat akan sukar mempercayai kata-kata yang keluar daripada IMC.

Pamikiey Paminator yang menyifatkan IMC memutar belit kenyataan mendakwa, sekiranya benar syarikat itu merupakan majikan Perak FC, maka ia perlu membayar gaji para pemain dan kakitangan pasukan itu.

Namun, dia tidak nampak sebarang usaha dari syarikat itu mahu membayar gaji para pemain.

ec33c22f-67ce-479c-bd59-f5567fc65bd4

Komen Pamikiey Paminator di laman Facebook.

"Dok kalut nak cari owner baru. Dok berjanji macam-macam dekat penyokong. Esok lusa minggu depan, tahun depan.

"Sebagai majikan sambil cari pembeli kenalah bayar gaji pemain-pemain dulu.

"Takkanlah IMC tak ada duit. Sedih teman tengok pemain-pemain Perak FC berjuang tapi majikan tak menghargai buat buta mata dan pekak telinga.

"Teman tak percaya dah apa IMC cakap sekarang," dakwanya menerusi hantaran di laman Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

IMC, Perak FC, majikan, curiga, gaji pemain