SITUASI rumit berhubung pengambilalihan Perak FC antara pemilik, Impact Media & Communications Sdn Bhd (IMC) dengan JR Resources menyebabkan ada peminat The Bos Gaurus merasakan penubuhan pasukan baharu adalah jalan akhir bagi skuad itu.
Seorang penyokong menggunakan nama Ots Kom merasakan penubuhan satu skuad baharu dengan nama lain adalah lebih mudah daripada perlu memperbaiki pasukan yang dihimpit hutang menggunung.
"Buat saja team baharu. Contoh (nama) The Bos Gaurus, jadi tak payah pening nak bayar hutang bagai.
"Mana yang masih ada pemain atau kakitangan yang ada kontrak suruh team sebelumnya tamatkan kontrak tersebut. (Ini) lebih mudah daripada nak baiki pasukan yang ada banyak hutang," tulisnya di Facebook Perak All Star pada Jumaat.
Tangkap layar komen netizen berhubung situasi semasa Perak FC. — Facebook
Seorang lagi penyokong, Joe Pengkalan berkata, mewujudkan pasukan baharu memang terlihat mudah namun ia akan menutup peluang pemain sedia ada untuk memperoleh bayaran gaji tertunggak masing-masing.
"Memang mudah untuk buat team baharu tapi ingat apabila jadi macam tu yang jadi mangsa adalah pemain sedia ada sekarang ni. Memang tiada harapanlah mereka nak dapat gaji yang tertunggak tu," katanya.
Ricardo Aeh pula berpendapat penubuhan skuad baharu memang boleh direalisasikan namun mereka perlu bermain dari liga bawah.
"Boleh tu boleh tapi kena main dari liga bawah. Benda ni kena teliti betul-betul, tak boleh main 'taram' saja.
Tangkap layar komen netizen berhubung situasi semasa Perak FC. — Facebook
"Kalau ada yang benar-benar kaya, boleh buat team baharu. Bawa semua pemain, coaching Perak FC ke pasukan baharu ni. Yang lama biar mampus dengan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan IMC," katanya.
Penjualan Perak FC dilaporkan akan diteruskan dengan pemain dan barisan kejurulatihan berkemungkinan sekali lagi bakal kena 'scam' iaitu tidak mendapat bayaran gaji seperti tempoh sebelum ini sekiranya pemilik baharu tidak mempunyai sumber kewangan kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif IMC, Muhammad Yunus Zakariah dilaporkan berkata, penjualan Perak FC akan menemui noktah selewat-lewatnya dua hari lagi, sekali gus skuad The Bos Gaurus mempunyai tuan baharu kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram