'Benda tak ke mana kalau parasit masih ada dalam Perak FC'


  • Podium
  • Isnin, 18 Apr 2022

Kempen Solidariti RM1 Seminggu telah dilancarkan ketika krisis kewangan melanda Perak FC. — Perak FC

KEMELUT kewangan yang dialami oleh pasukan Perak FC ternyata mendapat perhatian daripada penyokong pasukan tersebut.

Rata-rata tampil menghulurkan bantuan kewangan serendah RM1 sebagai tanda solidariti terhadap skuad The Bos Gaurus.

Sebagai penyokong setia, sudah tentu ramai rakyat negeri Perak tidak mahu pasukan Seladang yang menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun lalu diturunkan takhta liga.

Bagaimanapun seorang penyokong Perak FC berpendapat, selagi pengurusan skuad itu di bawah atau ada kaitan dengan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd, usaha menyelamatkan skuad itu tidak akan ke mana.

WhatsApp Image 2022-04-18 at 5.49.05 PM

Tangkap layar komen salah seorang penyokong Perak FC. — Facebook

"Yop, kalau kita peminat yang tolong selesaikan hutang tapi pengurusan masih dari puak IMC pun tak guna yop...sampai bila-bila peminat yang kena buat semua kerja cari dana.

"Ini bukan sebab tak sayang Perak FC tapi kalau parasit masih ada dalam Perak FC, benda ini akan terus berulang jika Perak dapat diselamatkan dengan kutipan dana ini," katanya pada Isnin.

Sementara itu, seorang penyokong di Facebook Perak All Legend, Amy AmyGoodyear berharap Menteri Besar (MB) Perak turut sama bersolidariti untuk menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir dari Liga Premier.

"Betul Perak telah di FC kan, tetapi sebagai MB tak boleh ke selamatkan pasukan ini daripada tersingkir buat sementara waktu cuba sama-sama mencari pemilik baru sebab MB sahaja yang kita nampak berpengaruh.

"MB Kedah boleh kenapa MB Perak tak boleh," tulisnya pada Isnin.

WhatsApp Image 2022-04-18 at 6.43.34 PM

Tangkap layar komen salah seorang penyokong Perak FC. — Facebook

Terdahulu, Gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) menyasarkan kutipan sebanyak RM1.7 juta untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi Perak FC.

Setiausaha Kehormatnya, Hakimi Halim berkata, jumlah itu mampu dicapai sekiranya setiap rakyat di negeri ini menderma RM1 seorang dalam tempoh empat hari sehingga Khamis ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram