SETERU Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) seterusnya, Kawasaki Frontale memuji stadium milik kelab itu, Stadium Sultan Ibrahim menjelang perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Khamis.
Kelab itu pada Rabu memuatnaik sesi latihan pasukan di stadium berkenaan di Twitter dengan kapsyen: "Tamat sudah latihan sehari sebelum perlawanan. Ia adalah stadium yang sangat moden."
Ciapan Kawasaki Frontale mengenai Stadium Sultan Ismail.
Ciapan itu dibalas oleh beberapa penyokong Kawasaki Frontale yang turut memuji kecantikan stadium dan rumput di padang.
"Stadium kelihatan baik untuk esok, dan keadaan padang kelihatan baik, jadi saya tertanya-tanya sama ada terdapat ramai kakitangan," kata @frontale_ken.
"Rumput dipotong pendek dan kelihatan baik," kata @NGC2023.
JDT bakal beraksi menentang Kawasaki Frontale pada perlawanan ketiga Kumpulan I ACL 2022 pada Khamis di Stadium Sultan Ibrahim.
Harimau Selatan kini menerajui Kumpulan I dengan enam mata selepas menang kedua-dua perlawanan pertama menentang Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram