PENCAPAIAN Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini, terutamanya selepas pasukan Harimau Selatan itu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
JDT berjaya menumbangkan kelab China, Guangzhou 5-0 manakala membuat kejutan menundukkan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1.
Pencapaian terbaik JDT dalam ACL adalah memungut empat mata, namun dua kemenangan itu sekali gus memecah rekod terdahulu.
Menjengah komen di media sosial, seorang pengguna Facebook, Tengku Awang mempersoalkan sebab Mora tidak dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.
"Zaman kehebatan Sri Pahang, Dollah Salleh jadi jurulatih Harimau Muda.
"Zaman kehebatan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Cheng Hoe jadi jurulatih Harimau Muda.
"Negeri lain dia pandai pula suruh jadi jurulatih, kena dekat negeri sendiri terus diam.
"Bukan negara jadi keutamaan ke masa suruh Cheng Hoe dan Dollah jadi jurulatih?" katanya.
Membalas kembali hantaran tersebut, pengguna Facebook, Muhammad Danish berkata, gaji Mora tidak semurah gaji jurulatih tempatan, maka sukar untuk melantiknya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
"FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) miskin. Gaji Mora kau sebut itu semua jurulatih tempatan.
"Dengan jurulatih tempatan, bolehlah berunding sebab mereka memang orang Malaysia.
"Kalau Mora bukan orang Malaysia, dia mesti nak demand duit," ujarnya.
Antara komen warganet di media sosial. — Facebook
Bagi seorang lagi pengguna Facebook, Azeem Sharif, terdapat faktor yang sukar dilaksanakan sekiranya FAM mahu melantik Mora sebagai ketua jurulatih.
"Yang paling susah, boleh ke FAM ikut pandangan keseluruhan dan permintaan kakitangan kejurulatihan Mora semua, itu yang paling berat sekali.
"Syarat utamanya yang bukan semua pihak pengurusan boleh tunaikan atau usahakan," katanya.
Sepanjang karier Mora bersama skuad Harimau Selatan, beliau sudah memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan empat piala lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram