NAMA Shane Lowry dalam arena bola sepak bukanlah satu nama besar dan sering dipandang rendah sebelum ini.
Malah, perpindahan Lowry daripada kelab lamanya, Al-Ahli yang beraksi di liga Qatar juga dilakukan secara percuma sehinggakan ramai yang musykil dengan kemampuannya.
Mula beraksi untuk Johor Darul Takzim (JDT) pada tahun lalu, ternyata Lowry memberi nafas baharu kepada benteng pertahanan pasukan gergasi dari selatan tanah air itu.
Malah, dengan ketinggian 190 meter, kemampuan Lowry mengawal benteng pertahanan JDT sering menjadi tumpuan dan mendapat perhatian penyokong.
Disebabkan itu juga, Lowry kini mendapat gelaran tanker serta dipuji kerana berjaya memperkuat kubu pertahanan JDT.
Tangkap layar komen yang ditinggalkan pemain JDT terhadap Lowry.
Malah, rakan sepasukannya di JDT seperti Natxo Insa, Carlie de Murga dan Patito Rodriguez turut menggelarkan Lowry sebagai seorang tanker.
Seorang pengguna Instagram, ali.arridha.ayob berkata, Lowry sebelum ini dipandang remeh tetapi kemampuannya yang telah membantu memperkuatkan pertahanan JDT.
Tangkap layar komen yang ditinggalkan penyokong JDT kepada Lowry.
Turut menyokong ialah Xzyro.ty yang memuji Lowry sebagai seorang pertahanan yang cukup kuat dan kebal.
Untuk rekod, selain bersama Al-Ahli, Lowry juga sebelum ini pernah bermain bersama pasukan Perth Glory di Australia.
Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama Leeds United, Leyton Oritent, Milwall, Aston Villa, Birmingham City, Sheffield United dan Plymouth Argyle.
Malah, sebahagian besar peminat JDT juga mengusik nakal menyamakan Lowry sebagai Lori JDT gara-gara namanya yang mirip sebutan itu, sekali gus membayangkan keutuhannya mengemudi benteng pertahanan The Southern Tigers musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram