Tiada profesion jamin syurga atau neraka, tapi iman dan amalan jadi ukuran


  • Massa
  • Selasa, 19 Apr 2022

Profesion peguam cetus perdebatan susulan kes membabitkan Bella. — Facebook

ISU penderaan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami Sindrom Down mencetuskan satu polemik dalam kalangan orang ramai.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mendera dan mengabaikan Bella, baru-baru ini 'menayangkan' barisan para peguamnya.

Malahan, wujud isu kurang enak membabitkan salah seorang peguamnya di media sosial.

Segelintir warganet mendakwa profesion sebagai peguam merupakan 'kerjaya membawa ke neraka' kerana perlu membela penjenayah dan sebagainya.

Menjawab dakwaan terbabit, seorang peguam, Wan Shaifuddin Ab Wahid berkata, tiada profesion yang dijanjikan ke syurga abadi.

"Cuma kita melihat bila ada amalan yang banyak membantu manusia lain.

Maka, haruslah banyak pahala yang diperoleh. Banyak pahala cerah sikit harapan masuk syurga.

"Ustaz, cikgu, doktor, nampak macam golongan pekerjaan ini lebih dekat dengan syurga.

"Syurga ini milik ALLAH. Ia tak dijanjikan mengikut profesion. Ia ditawarkan kepada orang yang beriman dan berjihad di jalan ALLAH dengan diri dan hartanya.

Screenshot 2022-04-18 215355

Sekumpulan remaja Sindrom Down nyata sokongan kepada Bella.

"Yang sanggup 'berniaga' amalan untuk pahala. Sama ada amalan kita diterima ALLAH atau tidak, bukanlah di dalam ilmu kita.

"Kita berharap pada rahmat ALLAH. ALLAH jua yang berkuasa memutuskan segalanya.

"Saya tulis Ini bukan nak defend peguam pun. Peguam masing-masing pandai mempertahankan diri bila perlu.

"Dan saya cukup sedar bahawa kejahilan manusia menghukum orang lain ini adalah lumrah kehidupan..

"Cuma nak cakap kat sini yang syurga dan neraka bukan pada profesion tapi pada iman dan amalan kita," katanya menerusi hantaran di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram