'Rombak tiga midfielder, perkemas seluruh jentera Pahang'


  • Podium
  • Selasa, 19 Apr 2022

Aksi Azam ketika menentang Melaka United dalam saingan Liga Super musim ini di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Sabtu. — Facebook

BERIKUTAN kekalahan skuad Sri Pahang FC mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini, ada penyokong merasakan kelemahan pasukan Tok Gajah itu disebabkan kurangnya dominasi di bahagian tengah.

Seorang penyokong skuad itu, Hishammuddin Din berasakan ketiga-tiga pemain tengah Pahang memerlukan satu rombakan bagi menguatkan pasukan itu.

Ketika ini pemain tengah bagi skuad Tok Gajah itu dibarisi tujuh pemain termasuk Nor Azam Azih, David Rowley dan Manu Hidalgo yang diturunkan pada aksi menentang Melaka United pada Sabtu lalu.

"Ketiga-tiga midfielder Pahang ini perlu dirombak. Azam bukan Azam yang dahulu, kini Azam dah jauh meninggalkan prestasi terbaiknya.

"Sebab itu saya selalu katakan Azam tak layak untuk membarisi skuad Harimau Malaya. Pahang perlu memperkemaskan jentera pemain tengah mereka," tulisnya di ruangan komen Facebook pada Isnin.

WhatsApp Image 2022-04-18 at 9.20.18 PM

Tangkap layar komen penyokong terhadap aksi pemain tengah Sri Pahang. — Facebook

Pemain tengah lain yang tidak diturunkan pada perlawanan itu ialah Muhamad Baqiuddin, Zuhair Aizat Nazri, Muhammad Shahrulnizam dan Sean Gan Gianelli.

Terdahulu, seorang penyokong Sri Pahang, Ahmad Nordin berkata, pemain skuad itu dirasakan seperti tidak hati untuk bermain bersungguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan.

"Berasaskan permainan menentang Melaka, saya nilaikan pemain Sri Pahang main macam tiada 'perasaan untuk nak menang'. Sekadar turun ke padang dan main," katanya.

Ahmad Nordin berkata, bahagian pertahanan Sri Pahang juga terlalu mudah untuk ditembusi.

Sementara jentera depan pula katanya, tidak menampakkan satu corak menggempur yang digeruni oleh pihak lawan yang mana ia terlalu mudah untuk dipatahkan.

"Manakala kebanyakan serangan Pahang pula datangnya dari sebelah kanan. Jika pasukan lawan meletak 2 ke 3 orang pertahanan yang bagus bagi mengunci pergerakannya, sampai habis permainan Pahang tak akan dapat menjaringkan gol," katanya.

Sri Pahang tewas 1-2 kepada Melaka United dalam saingan Liga Super musim ini di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram