KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menyatakan rahsia kejayaan pasukannya dalam aksi Liga Super menentang Penang FC pada Ahad adalah mentaliti para pemainnya untuk menang dalam perlawanan tersebut.
Katanya, beliau telah membuat pertukaran strategi bagi menghadapi Penang FC.
"Walaupun berlaku sedikit kesilapan pada separuh masa pertama, saya bangga kerana pemain bangkit pada separuh masa kedua untuk mencipta kemenangan," katanya.
Bagi saingan seterusnya pada Sabtu (23 April 2022), Kedah akan menentang Sabah di Kota Kinabalu, Sabah pada hari yang sama skuad Harimau Kumbang dijadualkan ke Kuantan, Pahang untuk bertemu Sri Pahang.
Terdahulu, Kedah berjaya menewaskan Penang FC 2-1, selepas penyerang Kedah Wanja Ronald Ngah meledak dua gol sekali gus menyekat kemaraan Penang FC yang bermula garang apabila terlebih dulu mendahului satu gol pada separuh masa pertama. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram