Samakan raja dengan beruk, 'punk tua' tempah beraya di penjara


Dua status yang dimuat naik Fahmi Reza di akaun Facebook miliknya. — Facebook

SEAKAN tidak serik dengan hukuman yang diterima sebelum ini kerana menghasilkan karya seni jeliknya yang berbaur hinaan sebelum ini, Fahmi Reza kembali lagi dengan satu lukisan baharu yang mendapat kecaman netizen.

Fahmi memuat naik sekeping lukisan yang memaparkan gambar yang dipercayai seekor beruk yang mengenakan pakaian seorang raja.

Gambar itu dimuat naik Fahmi menerusi akan Facebook miliknya kira-kira 10 jam yang lalu dan menerusi ruangan komen, ramai yang menganggap tindakan pereka grafik itu yang juga dikenali dengan gelaran 'punk tua' sebagai melampau dan perlu diambil tindakan.

Terkesan dengan komen-komen yang dilemparkan netizen, Fahmi kemudian memuat naik satu lagi status di akaun Facebook miliknya kira-kira tiga jam selepas itu.

Fahmi menerusi status keduanya itu dilihat seperti cuba melindungi dirinya daripada kritikan netizen dengan memberi hujah mengapa gambar itu dimuat naik.

Menerusi ruangan komen, beberapa netizen cuba menegur Fahmi dengan menyifatkan karya terbaharunya itu sebagai sesuatu yang melampau.

GN Syed Azrul berkata, tidak salah pun berhaluan kiri tetapi bersuara perlu ada adab.

Zayn Farish pula berkata, institusi beraja adalah sangat penting dalam menjamin kesejahteraan dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

fahmi

Tangkap layar komen yang ditinggalkan netizen.

Seorang lagi netizen, Fadhli Syakir berkata, tindakan Fahmi yang menghina raja itu perlu dikenakan tindakan sebelum menjadi sesuatu yang normal akan datang.

Malah lebih memalukan apabil beberapa netizen berbangsa Cina juga menyatakan rasa tidak setuju terhadap karya Fahmi.

cina

Tangkap layar komen yang ditinggalkan netizen.

Pengguna media sosial berbangsa Cina berkata, walaupun dia berketurunan Cina, dia menganggap institusi raja perlu dihormati.

Malah, seorang lagi netizen Cina, Joel Tan juga menganggap tindakan Fahmi itu sebagai sesuatu yang sudah melampau.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan dengan tindakan Fahmi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram