TIADA vaksin untuk Zika tetapi simptom virus ini selalunya menyebabkan pesakit mengalami demam, ruam dan konjunktivitis (radang).
Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti microcephaly, di mana kanak-kanak dilahirkan dengan saiz kepala kecil dan selalunya otak yang lebih kecil.
Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjejaskan sistem saraf melalui sindrom Guillain-Barre (gangguan autoimun).
Para saintis di California membuat kajian bagaimana virus Zika boleh bermutasi pada manusia dan bertransmisi antara sel nyamuk dan tikus.
Kajian itu mendapati virulensi Zika berkeupayaan untuk menyebabkan penyakit dan kerosakan pada tubuh serta meningkat kesannya.
Penyelidik juga melihat sama ada virus itu berkembang secara berbeza pada seekor tikus yang sebelum ini diuji dengan penyakit demam denggi.
Nyamuk Aedes yang sama menyebarkan dua virus itu dan individu yang pernah dijangkiti denggi mempunyai perlindungan sementara terhadap Zika.
Bagaimanapun, strain mutan Zika yang sama berkembang dalam kedua-dua sel tikus yang terdedah kepada denggi dan sebaliknya.
Tikus yang hamil kemudiannya dijangkiti dengan strain mutan, saintis sekali lagi mendapati ia lebih ganas dengan "penyerapan janin yang meningkat dengan ketara", hal ini menunjukkan kemungkinan kecacatan kelahiran yang lebih besar sekiranya virus itu bermutasi di dunia nyata sekali gua menjadi wabak.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell Reports menyimpulkan bahawa virus Zika akan terus berkembang dengan cara yang meningkatkan virulensi atau penularannya.
Jurnal iitu turut menjelaskan, pemeriksaan berkaitan perubahan kepada virus Zika boleh membantu mengenal pasti mutasi baharu di peringkat awal dan mengelak wabak yang berpotensi memberi kesan kepada kehidupan manusia.
Terdapat berpuluh-puluh kes di bandar Kanpur di India pada November 2021 dan wabak di Brazil pada 2015.
Virus ini ditemui di bahagian Amerika, Caribbean, Afrika dan Asia, tetapi Britain tidak mempunyai nyamuk Aedes yang membawa Zika.
Ia juga telah terbukti merebak melalui hubungan seksual dan pemindahan darah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram