Tablet peranti ada jangka hayat, mungkin timbul masalah setelah pelajar tamat belajar


  • Massa
  • Khamis, 14 Apr 2022

Tablet peranti mempunyai jangka hayat, apatah lagi ia merupakan komponen elektronik. — Gambar hiasan

PERANTI Siswa sudah pasti merupakan antara inisiatif yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar di negara ini.

Inisiatif itu akan menyediakan peranti pintar kepada para pelajar dari golongan B40 dalam memudahkan urusan pembelajaran.

Dijangkakan, seramai 400,000 pelajar seluruh negara akan menerima manfaat daripada inisiatif itu.

Permohonan untuk Peranti Siswa itu akan dibuka mulai 15 April ini, dan peranti akan diedarkan kepada pelajar mulai minggu kedua Jun.

Buat masa ini, peranti yang akan diberikan belum dinyatakan lagi oleh pihak kerajaan.

Namun, ia akan dikongsikan yang mana peranti pintar berkenaan boleh digunakan selagi mana para pelajar berada di pusat pengajian.

Setelah tamat belajar, mereka boleh serahkan semula peranti berkenaan kepada pusat pengajian.

Tampil mengulas mengenai perkara itu, seorang pengguna Twitter, Xavier Naxa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang mahu tablet Peranti Siswa supaya dipulangkan setelah tamat pengajian.

Xavier Naxa mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa bahawa, dia tidak menolak kemungkinan akan timbul pelbagai masalah setelah seseorang pelajar menamatkan pengajian.

template (16)

Komen Xavier Naxa berkaitan tablet peranti yang perlu dipulangkan semula.

Tegasnya, tablet peranti mempunyai jangka hayat, apatah lagi ia merupakan komponen elektronik.

Katanya, jangka hayat sesebuah peranti pintar kebiasaannya hanya bertahan pada kadar tiga atau empat tahun tertakluk kepada sifat tablet tersebut.

"Jika tablet dalam segmen andalan, maka akan mencapai jangka hayat tersebut. Jika tablet rendah dari segi spesifikasi dan kualiti. Tidak mustahil, jangka hayat hanya setahun.

"Tablet menggunakan bateri lithium-ion dan semestinya mempunyai jangka hayat.

template (17)

Cadangan Xavier Naxa kepada Annuar Musa.

"Begitu juga sistem pengendalian Android. Perkakasan dan perisian memainkan peranan penting dalam menentukan jangka hayat sesebuah tablet," jelasnya.

Justeru, Xavier Naxa menyarankan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) supaya melakukan penelitian tuntas berhubung status tablet tersebut.

"Saya khuatir bila pelajar menamatkan pengajian, mereka terpaksa membayar denda pada sesuatu yang tidak lagi bernilai.

"Yang tanggung masalah (adalah) pelajar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram