SELEPAS lebih empat bulan bersama pasukan baharu, Sabah FC, Baddrol Bakhtiar akhirnya mendedahkan sebab sebenar dia meninggalkan Kedah untuk bersama The Rhinos.
Sebelum ini, pemain berusia 34 tahun itu mmenafikan gaji tidak dibayar dan tawaran lumayan yang menjadi punca dia berhijrah ke Sabah.
"Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, bukan masalah tunggakan gaji yang membuatkan saya berpindah pasukan tetapi biarlah saya sahaja tahu apa terpendam dan terbuku di hati saya yang orang lain tidak akan faham," kata Baddrol di laman Instagramnya bagi mengulas isu perpindahannya pada awal Disember tahun lalu.
Malah Baddrol juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pasukan dan penyokong Kedah FC kerana memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.
"Saya akui di awal musim saya menerima kritikan yang amat hebat sehingga segelitir penyokong mahukan saya untuk keluar dari Kedah.
"Saya terima kritikan dengan sangat positif dan memberi yang terbaik di setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat di hati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya di puncak," kata pemain berusia 33 tahun itu.
Status Instagram Baddrol pada awal Disember lalu.
Dia juga berharap perpindahannya akan dapat memberi laluan kepada muka-muka baharu untuk menyambung legasinya di Kedah FC.
"Jatuh bangun saya bersama Kedah, Kedah tetap di hati saya. Doakan yang terbaik untuk kita semua.
"Terima kasih penyokong, pengurusan dan rakan seperjuangan pasukan Kedah, tanpa anda tiada lah saya," katanya.
Tetapi misteri perpindahannya ke Sabah FC terjawab dalam satu wawancara baru-baru ini apabila Baddrol mendedahkan dia memilih untuk bersama Sabah FC.
"Tahun ini saya berada di negeri di bawah bayu, satu negeri yang kelainan yang begitu baik.
"Tak rasa pun janggal dan bagi saya bertuah dengan Sabah pada tahun ini.
"Itu faktor utama saya datang ke Sabah pada tahun ini, sebab beliau ke sana (Sabah FC) dan saya ingin bermain di bawah beliau," katanya apabila diminta mengulas sama ada Kim Swee menjadi punca dia memilih Sabah.
Untuk rekod, Baddrol telah bermain untuk pasukan Kedah Darul Aman FC sejak 2006 dan pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.
Pada 1 Disember, skuad Sang Badak mengumumkan Baddrol secara rasmi berada dalam senarai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram