Matyo lagi padu, Ifedayo terkena ‘sumpahan’ peminat Selangor?


  • Podium
  • Rabu, 13 Apr 2022

Ifedayo masih belum memecahkan kebuntuan jaringan sepanjang bersama Melaka United. — Facebook Melaka United

MENYERLAH di musim lalu tidak semestinya menyinar pada musim ini, situasi itu terjadi kepada bekas penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegun yang kini bermain bersama pasukan Hang Jebat.

Penyerang itu merupakan antara penyerang paling berbisa yang pernah dimiliki Selangor FC dan perkara itu terbukti apabila Ifedayo berjaya menyumbangkan 25 gol sepanjang musim lepas bersama Gergasi Merah.

Namun situasi berbeza berlaku kepada Ifedayo bersama Melaka United kerana sehingga kini dia hanya diturunkan dalam tiga perlawanan iaitu dua penampilan untuk Liga Super dan satu permainan ketika Piala FA.

Malah, sepanjang tiga perlawanan berkenaan, Ifedayo masih tidak mampu menyumbang sebarang gol kepada Melaka United dan perkara itu menyebabkan peminat berasa risau kerana mereka beranggapan kemarau gol pemain itu perlu ditamatkan segera untuk membantu pasukan mencipta kemenangan.

Peminat tegar Melaka United rata-ratanya mengecam prestasi Ifedayo yang kelihatan kurang menyerlah pada musim ini sehinggakan membandingkannya dengan pemain tempatan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo kerana pemain itu berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan Piala FA menentang PIB FC pada Khamis lalu.

matyo

Matyo berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan Piala FA menentang PIB FC.

"Lupa ke dia ni raja penalti saja.. Main Melaka pengadil tidak tolong macam sebelum ini," ujar pengguna Facebook, Muhammad Azhar Azhar Mahmud.

"Dia ni berlagak macam bintang dekat Melaka United..Pemalas harap digugurkan nanti pada jendela perpindahan..habiskan beras," kata Jebat Rebellious.

"Ifedayo itu sudah rasa macam bintang hebat, tidak payahlah pakai dia. Ambillah import tengah atau pertahanan ke. Membazir saja," Serr Anddy Rolex yang turut mengkritik prestasi Ifedayo.

Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga ada penyokong yang berpendapat, Ifedayo kurang menyerlah bersama Melaka United adalah kerana kurangnya sokongan dan hantaran dari pemain tengah yang berkualiti.

"Tiada feeder saja. Ifedayo ini berfungsi bila feeder ada di tengah. Bekalan tidak sampai kemarau la dia. Semoga berjaya Ifedayo dan Melaka United FC," kata Bobby Nad Aby Nai.

"Dekat selangor ada tukang suap bola untuk dia," komen Mat Gabra.

"Melaka hilang midfielder berkualiti lepas Manuel Ott berhijrah ke Terengganu...itu sebab aku tengok permainan yang lepas-lepas macam lemah saja...nak harap Adriano dengan Sony Norde saja," kata Zahed Abu Hassan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram