TERENGGANU FC (TFC) terus berputih mata selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam dua perlawanan awal Liga Super musim ini.
Selepas dimalukan oleh PJ City pada minggu lalu apabila tumpas 0-3, TFC sekali lagi tewas sewaktu bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Ahad dengan keputusan 1-2.
Jaringan Kpah Sherman pada minit ke-31 masih belum cukup untuk memastikan TFC membawa pulang mata berharga di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Meskipun gagal membawa sebarang mata, namun TFC satu-satunya pasukan yang berjaya merobek gawang JDT pada musim ini.
Taktikal, susunan dan eksperimen
Seorang peminat TFC, Ibnu Haris berkongsi pendapatnya tentang penambahbaikan yang perlu dibuat oleh Sang Penyu pada perlawanan akan datang.
"Nafuzi Zain (ketua jurulatih TFC) membazir masa uji 4-4-2 masa pramusim. Semua perlawanan main 4-4-2.
"Patutnya kena kuatkan 4-3-3 dan persefahaman pemain.
"Patutnya masa pramusim kena berlatih untuk 'pressing' sebab 'pressing' ini adalah gaya bola sepak moden yang kena terapkan kalau nak lebih berjaya.
"Kpah atau Tchetche Kipre, patutnya seorang saja kena ambil (sebagai penyerang).
"Petrus Shitembi, Manuel Ott dan Kpah padu. Ott kaki magnet, kena bentes pun bola nak ikut dia sekali.
Kpah (kiri) diasak oleh pemain JDT, Shane Lowry dalam pertemuan Liga Super pada Ahad. — Facebook TFC
"Habib Haroon macam biasa, hanya melihat bola ketika bertahan. Pendapat saya, Habib patutnya boleh cabar gol Bergon Da Silva (penyerang JDT) sebab dia paling dekat dengan Bergon tapi hanya melihat.
"Hakimi Abdullah kena main TFC II balik, cari keyakinan dia balik selepas injured pada Mei tahun lepas.
"Secara keseluruhannya, yang menunjukkan prestasi baik, Ott, Faisal Halim dan Kpah. Shahrul Nizam boleh improve lagi dengan kembalinya Pape Diakite.
"Boleh cuba Azalinullah atau Luke Woodland main pemain tengah bertahan, ganti Habib.
"Habib selesa sangat, sampai tugas utama pun dia tinggalkan. Sibuk sangat nak hantar bola ikut cara dia saja.
"Kesimpulannya, kekalkan 4-3-3. Jangan nak eksperimen dah selepas ini. Bazir masa saja," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram