'Ada sebab Luqman Hakim kurang beraksi di KV Kortrijk'


  • Podium
  • Jumaat, 01 Apr 2022

LUQMAN sewaktu beraksi bersama pasukannya dalam satu perlawanan persahabatan. — Facebook

BAGI peminat bola sepak tempatan, ramai yang beranggapan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sepatutnya dibawa pulang untuk bermain di liga bola sepak tempatan berbanding beraksi bersama kelab di Eropah.

Ini kerana ramai yang mendapati Luqman Hakim tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama di kelab KV Kortrijk (KVK) yang berpengkalan di Belgium itu.

Jadi daripada dia terus membuang masa beraksi di sana, adalah lebih baik dia bermain dengan pasukan yang lebih mengutamakannya supaya pemain berusia 20 tahun itu dapat terus mengekalkan sikap kompetetif untuk bermain.

Kecederaan

Namun bagi pengguna Twitter yang menggunakan nama Amin Fuad, dia merasakan ada sebab mengapa Luqman Hakim belum diberi peluang dan perlu diberikan lebih masa untuk beraksi di Eropah.

"Ramai yang kata Luqman dah lama di sana. Sebabnya masa tahun pertama Luqman sampai lambat dan terlepas Pre-Season.

"Tahun pertama dia dikatakan menghadapi kecederaan setelah tiba dari Selangor. Dia juga mengambil masa dua atau tiga bulan untuk dapatkan tahap kecergasan yang terbaik untuk bersama pasukan. Jadi tahun pertama memang fokus untuk sesuaikan diri dari segi mental dan fizikal

"Sebab tu kita lihat masa penampilan pertama Luqman bersama KVK, sejurus selepas itu dia terus cedera di bahagian hamstring sebab intensiti sangat tinggi. Jadi bagi saya tahun pertama itu boleh dikatakan fokus untuk dirinya sahaja," katanya.

Skuad kebangsaan

Di samping itu, katanya, Luqman turut disenaraikan untuk bermain bersama skuad bawah umur bawah 21 tahun untuk mendapatkan feel permainan.

Jelasnya, memasuki tahun kedua, barulah dia menganggap yang Luqman Hakim sudah memasuki musim pertama yang yang penuh memandangkan dia sudah masuk sejak Pre-Season dan juga dah biasa menjalani latihan bersama skuad senior.

"Itu pun banyak sangkut sebab banyak dipanggil mewakili Malaysia (senior dan B23).

"Kalau ikutkan Luqman Hakim hilang beberapa bulan sebab mewakili Malaysia dalam Kejohanan AFF (tiada dlm kalender Fifa). Mewakili B23 tahun (tak wajib untuk kelab lepaskan).

"Saya faham banyak orang nak tengok dia bermain secara regular tapi kena lihat pada keadaan. Musim ketiga memang ada perancangan untuk Luqman untuk dipinjamkan ke kelab lain, InsyaAllah," katanya.

Jaminan

Dalam pada itu, Amin Fuad turut beranggapan bahawa jika Luqman Hakim tidak berjaya di Eropah, pengalaman yang yang dimiliknya sudah cukup berharga.

Malah pemain itu sudah banyak meningkat daripada segi komunikasi, cara berfkir, fizikal dan lain-lain.

"Orang cakap duduk sana tak dapat banyak waktu permainan. Tetapi kalau dia duduk Malaysia sebagai penyerang, ada jaminan tak dia dapat game time?" katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram