KEPULANGAN semula Syafiq Ahmad bersama Kedah Darul Aman FC (KDA) musim ini tidak hanya melonjakkan mutu permainan skuad senior, sebaliknya turut menjadi rujukan buat 'ubi muda' di negeri itu.
Pada 12 Mac, skuad belia KDA FC cemerlang menewaskan pasukan belia Perlis FC dengan kemenangan bergaya 4-1, sekali gus melonjakkan Kedah ke tangga teratas kejohanan Piala Belia 2022.
Namun di sebalik kemenangan bergaya itu, ada perkara yang mencuri tumpuan penyokong kelab Hijau Kuning itu.
Ini kerana pemain muda mula meniru gaya Syafiq meraikan gol dan secara positifnya, ia menunjukkan kelibat penyerang Sang Kenari itu kembali mendapat perhatian penyokong termasuk pemain muda Kedah.
"@syafiq_ahmad20, tengok sat jadi apa dah budak @arffnrhfz._ ni...Perangai buat jadi sama doh," kata Jan Joe menerusi perkongsian status yang disertakan dengan gambar di laman Instagram.
TANGKAP layar perkongsian semula Syafiq (kiri) menunjukkan pemain muda mengikut gayanya ketika meraikan gol. — Instagram
Perkara itu turut dikongsi semula oleh Syafiq pada status Instagram miliknya.
Di peringkat global, gaya meraikan gol dengan duduk bertafakur cukup sinonim dengan bintang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund, Erling Haaland.
Syafiq melakukan gaya itu ketika menentang Kuala Lumpur City, 9 Mac lalu.
Sebelum ini, Syafiq mengakui aksi tersebut memang mirip gaya Haaland tetapi dia memang suka membuat teknik pernafasan setiap kali sebelum perlawanan.
"Gaya itu ada la iras-iras Haaland juga.
"Tapi sebelum game, selalu inhale exhale macam yoga. Deep breath.
"So bila hari tu, Iftat (Akmal) ada rakam, itu yang terus celebrate macam tu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram