Syafiq Ahmad perjelas rai gol 'gaya macam Haaland'


  • Podium
  • Khamis, 10 Mac 2022

SYAFIQ Ahmad (kanan) meraikan kejayaan golnya dengan gaya duduk bertakafur yang disamakan seperti penyerang sensasi Borussia Dormunt, Erling Haaland.

KEMENANGAN kedua Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super ternyata menaikkan mood penyokong Hijau Kuning itu.

Selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak United minggu lalu, KDA FC mengekalkan momentum dengan menewaskan Kuala Lumpur (KL) City dengan kemenangan 3-2 pada Rabu.

Antara pencetak gol untuk Kedah termasuk penyerang pinjaman dari JDT, Syafiq Ahmad menerusi tandukan pada minit ke-32.

Bukan saja ketajaman penyudahnya menjadi bualan penyokong Kedah sejak perlawanan pramusim lagi, tetapi gayanya meraikan jaringan turut diperkatakan segelintir penyokong.

Dalam aksi menewaskan KL City, Syafiq meraikan golnya dengan gaya duduk bertakafur yang disamakan seperti penyerang sensasi Borussia Dormunt, Erling Haaland.

Mengulas lanjut tentang gayanya itu, Syafiq mengakui aksi tersebut memang mirip gaya Haaland tetapi dia memang suka membuat teknik pernafasan setiap kali sebelum perlawanan.

"Gaya itu ada la iras-iras Haaland juga.

"Tapi sebelum game, selalu inhale exhale macam yoga. Deep breath.

"So bila hari tu, Iftat (Akmal) ada rakam, itu yang terus celebrate macam tu," katanya kepada Majoriti.

Ditanya sama ada dia akan terus mempamerkan gaya tersebut setiap kali menjaringkan gol, Syafiq berkata, ia bergantung kepada situasi.

"Tak juga. Yang mana tiba-tiba nampak depan mata ke, ada buat apa-apa ke kira buat saja," katanya.

Kedah kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan enam mata penuh, dibezakan jaringan gol berbanding pendahulu, JDT.

Kedah akan melayani kunjungi Sri Pahang FC untuk perlawanan ketiga liga pada 6 April depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram