Kemenangan Thomas gugat wanita tulen


  • Podium
  • Ahad, 20 Mac 2022

THOMAS mengetepikan cabaran dua pemenang pingat Olimpik dalam kejohanan kebangsaan. — Facebook

NAMA atlet renang dari Amerika Syarikat (AS), Lia Thomas menjadi tular baru-baru ini selepas dia memenangi kejohanan wanita kebangsaan negara itu.

Dia turut mengetepikan cabaran pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Emma Weyant dan Erica Sullivan yang masing-masing menduduki tangga kedua serta ketiga.

Namun, kontroversi tercetus apabila Thomas dilaporkan merupakan seorang transgender dan ramai pihak mempertikaikan penyertaannya dalam kategori wanita.

Thomas merupakan transgender pertama memenangi kejohanan wanita kebangsaan AS.

Perenang itu sebelum ini menduduki ranking ke-462 dalam kategori lelaki di peringkat kolej.

Menurut pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, perkara seumpama itu memberi kesan langsung kepada golongan wanita tulen.

"Thomas menjadi wanita secara rasmi kerana dia merasakan dia adalah seorang 'wanita' kerana berpunca daripada ideologi.

"Ideologi itu bermula dengan alasan tidak mahu mendiskriminasi, masyarakat perlu bersikap inklusif, 'playing-victim' berakhir dengan dominasi lelaki biologi ke atas acara wanita dan pencerobohan 'safe-space' wanita (bilik persalinan, penjara, asrama dan tandas).

"Paling menarik, ideologi ini disahkan oleh badan-badan sukan, Senat dan pembuat dasar.

"Asalnya tidak mahu mendiskriminasi hak seseorang yang mahu menjadi apa yang dia mahu jadi tetapi mendiskriminasi wanita tulen," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram