BOLA sepak di Malaysia adalah antara permainan yang diberi perhatian oleh masyarakat terutamanya apabila melibatkan acara-acara besar seperi Piala AFF Suzuki, Piala Asia dan tidak terkecuali peminat yang akan turun padang meyokong kelab mereka di Liga Malaysia (Liga-M).
Bila bercakap mengenai kelab yang bertanding di Liga-M, pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC merupakan antara skuad yang paling berpengaruh di negara ini apabila melibatkan penyokong setianya yang akan membanjiri stadium dengan warna Hijau Kuning.
HANTARAN dari kelab penyokong pasukan KDA FC, Kedahan Green Yellow
Bagi salah satu kelab penyokong Kedahan Green Yellow meneruis hantaran di Facebook, mereka berpendapatan bahawa kekuatan dan kelebihan bola sepak negeri itu terletak pada penyokong setianya dan menurutnya skuad Sang Kenari itu merupakan antara kelab yang mempunyai pasukan peminat terbesar di Malaysia.
"Penyokong setia bola sepak Kedah terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, politik, latar belakang dan juga umur.
"Walaupun kadang kala penyokong setia Kedah tidak bersependapat dalam satu-satu hal..Tetapi apabila melibatkan pasukan Kedah, penyokong setia akan bersatu hati memberi sokongan yang tidak berbelah bagi," katanya.
Malah, menurut laman penyokong skuad Hijau Kuning itu, bola sepak Kedah juga seakan sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka apabila sering menjadi topik hangat untuk bersembang bersama keluarga dan rakan-rakan.
BOLA sepak dapat menyatukan rakyat Kedah walaupun terdapat perbezaan pendapat.
Penyokong KDA FC akan lebih kelihatan apabila pasukan kegemarannya berjaya ke pusingan akhir dengan bandar-bandar di negeri itu akan lengang dan setiap rumah akan gigih membuat dekorasi hijau kuning yang berkongsepkan bola sepak Kedah.
"Lagu pasukan Kedah akan sentiasa berkumandang di corong radio. Setiap kedai makan, gerai burger, bilik gerakan politik,akan pasang perlawanan pasukan Kedah di televisyen.
"Ada penyokong membuat cabaran akan berlari dari Alor Setar ke Bukit Jalil untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan Kedah...Ini satu contoh cabaran yang baik untuk dilakukan. Penyokong Kedah tidak pernah lagi buat cabaran pelik-pelik," katanya.
Kelab penyokong itu berkata, banyak ibu bapa di Kedah juga menghantar anak mereka berlatih dan bermain dalam Kenari Kid iaitu sebuah akademi latihan bola sepak di negeri itu sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa anaknya tidak diterima akademi itu.
KEDAH amat terkenal dalam melahirkan bakat muda bola sepak menerusi Kenari Kid.
Katanya, anak-anak muda juga sanggup berlatih bersungguh-sungguh dengan harapan akan bermain untuk pasukan Kedah pada suatu hari nanti.
"Sebab kerana itulah Kedah sudah sinonim menjadi kilang pengeluar pemain berbakat di Malaysia," katanya.
Asbab sangat cintakan pasukan Kedah, penyokong skuad itu juga amat sensitif dengan perkembangan bola sepak Sang Kenari dan yang paling dititikberatkan oleh para penyokong ialah pengurusan pasukan.
"Jika pemimpin itu mentadbir dengan baik..Eloklah reaksi penyokong setia terhadapnya.
"Jika pemimpin itu lemah dan tidak mampu mentadbir dengan baik..Maka buruklah apa yang dia akan hadap.
"Sebab itulah setiap pemimpin yang naik dia tak boleh buat ikut suka hati..Kerana dia sentiasa dipantau dengan amat teliti oleh penyokong setia Kedah.
"Inilah budaya bolasepak yang ada sekarang di negeri Kedah. Budaya inilah yang menyebabkan bekas-bekas pemain tempatan dan import sampai sekarang masih mengikuti perkembangan pasukan Kedah walaupun mereka sudah bersara. Contohnya Lim Teong Kim, Marlon Alex James, Andre Luis Nescimento dan ramai lagi.
"Budaya ini tidak boleh dibeli dengan duit..Tetapi budaya ini adalah terlahir dari semangat legasi yang terbina dari dulu..," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram