Selepas Sarawak, peminat fanatik ajak penyokong Kedah ‘serbu’ Sabah


  • Podium
  • Rabu, 16 Mac 2022

PERLAWANAN Liga Super antara Sabah FC dan KDA FC akan berlangsung pada 24 April 2022. — Facebook

PERTEMUAN Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam perlawanan Liga Super pada 24 April 2022 merupakan antara perlawanan yang dinanti-nantikan terutama dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Bakal berlangsung di Sabah, peminat-peminat KDAFC dilihat sudah mula 'berkempen' mengajak penyokong pasukan itu beramai-ramai menyerbu Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah untuk perlawanan tersebut.

Berkongsi di Facebook, Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (PBKDA), pemilik akaun Daniel Kincaid berkongsi cara untuk penyokong KDAFC mengatur perjalanan ke stadium itu.

fb serbu sabah

DANIEL berkongsi panduan mengatur perjalanan untuk penyokong menyaksikan perlawanan Sabah FC dan KDAFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. — Facebook

Katanya, ia mengajak penyokong pergi beramai-ramai supaya satu penerbangan dipenuhi dengan 'kroni' KDAFC.

"Bagi sesiapa yang mahu pergi sekali dan tidak tahu beli tiket penerbangan saya boleh beri panduan, kami tidak pilih kroni.

"Kita pergi ramai-ramai satu penerbangan baru lah syok," kongsinya.

Daniel memberitahu, bagi yang berminat penyokong boleh membeli tiket menerusi aplikasi mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS), Air Asia dan FireFly atau menerusi SkyScanner.

"Jika dari Alor Setar, Kedah, boleh naik penerbangan dari Pulau Pinang kerana ada laluan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.

"Kalau sudah beli tiket, simpan nombor tempahan penerbangan kerana jika ada perubahan jadual senang mahu buat rujukan," ujarnya.

Katanya lagi, daftar masuk penerbangan boleh dilakukan pada hari sama.

"Untuk pengangkutan dan penginapan di sana tidak perlu risau, boleh guna aplikasi, mudah untuk dicari.

"Dari lapangan terbang ke bandar Kota Kinabalu, Sabah kos pengangkutan (Grab) kira-kira RM15 sahaja, jika ada masa boleh minta rakan yang ada di sana bawa ronda-ronda," katanya lagi.

Daniel turut memberitahu, penyokong juga perlu peka dengan sebarang perubahan jadual perlawanan dan penerbangan supaya mudah untuk membuat rujukan dan mengatur semula perjalanan.

Terdahulu, Daniel sebelum ini tular di laman sosial apabila kunjungannya ke Stadium Negeri, Kuching Sarawak bagi menonton aksi Liga Super antara Kedah FC-Sarawak United mendapat sambutan mesra penyokong tuan rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram