SELEPAS 17 tahun menabur bakti bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Hijau Kuning itu pada musim lalu.
Baddrol, 33 memutuskan untuk bersatu kembali dengan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee di Sabah FC pada saingan Liga Super musim 2022.
Sejak perpindahannya itu, ramai peminat KDA FC tercari-cari pengganti yang sesuai mengisi kekosongan ditinggalkan oleh legenda kelab tersebut.
Salah satu nama yang menjadi sebutan akhir-akhir ini adalah Mohd Fazdrul Daniel Mohd Nizam.
Dengan ketinggian 1.81 meter dan usia yang masih muda iaitu 24 tahun, masa depan Fadzul bersama Sang Kenari dilihat cerah dan bersinar, apatah lagi dia dapat berguru dengan Derci Marcel yang mempunyai pengalaman luas.
Menjengah di ruangan komen media sosial, ramai peminat mengakui Fadzrul merupakan calon sesuai mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Baddrol.
Shabani Mohd berkata, dia berharap agar Fadzrul mampu menjadi seperti Baddrol, namun perlu melakukan langkah lebih berani.
"Fadzrul ni kena pulun (usaha) lagi sebab rasa banyak tahun dah bersama Kedah. Takut nanti jadi pemain muda lain kena berhijrah ke team lain. Berguru dengan Marcel dan belajar free kick," katanya.
TANGKAP layar komen penyokong bola sepak mengenai aksi Fazrul di atas padang.
Sementara itu, Mohd Zaidie berkata, belum tiba masanya untuk menyamakan Fadzrul dan Baddrol kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuh.
Apatah lagi, katanya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki Fazrul di atas padang.
"Masih jauh dia dengan Bad, masih jauh," katanya.
Sham Isam tidak menolak kemungkinan Fadzrul pada masa akan datang akan dapat menjaringkan gol, berikutan diasak oleh para penyokong.
"Sabar para penyokong, awal lagi.
"Satu dah piala Kedah dapat di tangan Fazrul, siapa masih ingat?" soalnya
Tidak menafikan bakat dan sumbangan Baddrol dalam skuad Hijau Kuning, Azam Nie berkata, pemain tersebut hanya bermain untuk kelab itu dalam tempoh lama.
"Cuma harap Fadzrul ni akan lebih kreatif cipta peluang dan lebih berani control bola," katanya.
PENYOKONG turut menasihatkan Fazrul supaya menjadi diri sendiri.
Pada masa sama, Tyhah Dayat menyarankan Fadzrul supaya hanya menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi klon orang lain, apatah lagi setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.
"Hidup biar ada pendirian tetap. Tak payah nak sedapkan hati orang, hati sendiri sakit," katanya.
Affendi Bin Isahak menulis: "Buat apa nak jadi macam orang lain. Biaq dia belajar dan jadi kreatif dari Baddrol. Biaq dia dengan cara dia,"
Rifqi Afdzal menambah: "Tak perlu jadi Bad, create your own style." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram