'Buat apa saya nak minta maaf dengan staf KFC?' — Kak Long kosmetik


  • Tular
  • Jumaat, 04 Mac 2022

WANITA dikenali sebagai Kak Long itu dikatakan panas hati kerana minuman yang dipesan di KFC tidak disertakan dengan ais. — Facebook

SELEPAS menyerang kedai serbaneka 7E pada Khamis, seorang wanita yang tular gara-gara mengamuk berikutan anaknya dituduh mencuri, menjadi viral sekali lagi ekoran dikatakan mengamuk di KFC.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Wan Noor Baizura dikatakan panas hati kerana tidak mendapat air batu atau ais dalam minumannya.

"Air batu tak dok, sudu tak dok," katanya yang juga dikenali dengan panggilan 'Kak Long kosmetik', dalam rakaman video yang tular itu.

Salah seorang anaknya turut mengeluh dengan layanan yang diterima.

"Rugi bayar mahal-mahal, baik makan tepi jalan je," kata anaknya.

Kedengaran dalam rakaman video itu suara seorang lelaki dipercayai suaminya yang mengatakan ramai pelanggan di cawangan KFC tersebut.

"Orang ramai pun, servis kena terbaik...tiptop. Yang ambil order muka macam ****. Saya ada hak sebab saya pelanggan. Pelanggan selalunya betul! Saya nak ada air batu sekarang!" katanya dengan nada marah.

Anaknya pula mengajuk percakapan wanita itu dengan menjawab, "Sekarang, ambil air batu!"

Tambah Kak Long, dia marah kerana mahu duit RM30 yang dibayar untuk KFC itu sepatutnya setimpal dengan servis yang diterima.

"Saya bukan orang senang, orang kaya...saya ada RM30 je nak makan KFC ni. Panas hati aku...datang makan KFC takde air batu. Orang ramai ke tak ramai ke, itu awak punya kerja bukan saya punya kerja.

"Daripada aku bayar RM30, baik aku makan mi segera di rumah," marahnya lagi.

Rakaman itu seterusnya menunjukkan Kak Long meninggikan suara kepada salah seorang pekerja.

"Kalau air batu tak de awak boleh minum air tak? Saya nak tanya awak ni. Kalau air batu tak de, bagi (air) buat apa? Saya pelanggan kan.

"Ini saya pula yang kena tunggu...ke saya orang terakhir datang (kedai)?," perlinya.

Rakaman video tersebut tular sejak Jumaat dan dikongsi beberapa laman Facebook termasuk Joyah CiLi. Video berkenaan mendapat sejumlah 20,000 tontonan setakat 5 petang Jumaat.

Sementara itu, menerusi video berbeza yang dimuat naik pada Jumaat, Kak Long memperjelaskan situasi sebenar bahawa video itu adalah video lama dan kejadian tersebut berlaku pada 2020.

Penerangan itu dibuat Kak Long ketika tampil secara langsung di Facebook miliknya untuk memperjelaskan keadaan sebenar berhubung insiden di 7E dan KFC.

"Kejadian (di KFC) berlaku pada tahun 2020. Kalau orang lain buat status, komen banyak-banyak. Saya buat live.

"Ada ke saya tunjuk muka staf tu? Staf 7E tu pun ada tak saya fokus kepada muka dia? Tak," jelasnya.

Ketika ditanya adakah Kak Long minta maaf kepada staf KFC terbabit, dia berkata, "Buat apa saya perlu minta maaf kepada mereka?"

"Ada saya tularkan muka dia ke? Tak ada kan. Awak hukum saya ni macam kena buat satu persatu," jelasnya.

Video penjelasan Kak Long itu berdurasi selama 23 minit 33 saat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram