SEBALIK pelbagai kemelut melanda Perak FC, persiapan pasukan itu nampaknya tidak terjejas menjelang Liga Premier 2022.
Perak dijangka melancarkan jersi rasmi pada penghujung Mac atau awal April walaupun saingan liga bakal bermula minggu ini.
Jenama sukan Lotto menjadi penaja rasmi jersi Perak pada musim 2022 namun rekaannya masih belum didedahkan kepada umum.
Menurut halaman Facebook, Perak The Yob, jersi tuan rumah Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meletakkan logo kelab di bahagian tengah dada.
Berkemungkinan, Perak FC turut akan menggunakan rekaan sama seperti Sabah FC dan KDA FC.
Menjengah ke ruangan komen di hantaran berkenaan, warganet memberikan pelbagai pandangan berhubung rekaan tersebut.
"Okay saja logo di tengah, Perak pernah ada waktu jersi Diadora," kata pengguna Facebook, Zulkifli Muhammad.
"Maaf kabo, design Lotto macam tak berapa lawo season tahun ini, jadi teman tak mengharaplah jersey Perak menarik," menurut seorang lagi pengguna Facebook, Radzis Ramli.
Ada juga warganet memberikan cadangan tentang rekaan logo jersi Perak FC.
"Okay apa logo tengah-tengah. Buat macam design Sabah itu, logo kecil sedikit, brand besar sedikit, baru nampak mcm PSG (Paris Saint-Germain).
"Barulah pemain merasa bangga menayangkan jersey yang megah, lalu mendapat semangat bermain macam bintang Eropah," kata Caliph Caliph. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram