
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) digesa menyelesaikan tiga asas sistem pendidikan negara bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar di negara ini.
Menerusi komen Facebook kepada hantaran Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai harapan beliau terhadap sektor pendidikan pada Sabtu, seorang netizen, Ihsan Afees berkata, tiga asas tersebut adalah jumlah pelajar yang tidak terlalu ramai dalam satu kelas, bilangan guru yang mencukupi serta penggunaan teknologi terkini.
"KPM harus membina blok bangunan baharu di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai murid dengan keperluan kelas mencukupi.
"Sebaiknya satu kelas 25 hingga 30 orang murid sahaja sehingga mampu menjadikan semua sekolah di seluruh negara menjadi 1 sesi.
"Selain itu, tambah juga bilangan guru mengikut keperluan yang sepatutnya dan beri penempatan segera kepada guru-guru pelatih yang dah graduate," katanya pada Sabtu.
Komen Ihsan Afees pada hantaran Facebook Radzi.
Dia turut menggesa KPM supaya melengkapkan sekolah-sekolah di seluruh negara dengan fasiliti dan gajet terkini dan menyediakan silibus modul atau buku teks digital.
Jelasnya, modul tersebut harus diselaraskan daripada peringkat tertinggi (top to bottom), tetapi dibina berdasarkan pengalaman guru-guru cemerlang (bottom to top).
Radzi dalam hantarannya berkata, terdapat tiga asas yang boleh dijadikan 'kompas' untuk melonjakkan pendidikan negara ke tahap lebih tinggi iaitu kualiti, produktiviti dan modenisasi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram