Kualiti pelekat 'roadtax' sedih... lemah!


RATA-RATA pengguna bersetuju dengan pandangan Eli yang menyifatkan kualiti cukai jalan itu 'tidak seberapa'. — Facebook

HARGA premium tetapi kualiti rendah, itulah luahan seorang pemilik akaun laman sosial Twitter, Eli Rahman yang berkongsi tentang realiti pelekat cukai jalan (roadtax) di Malaysia.

Hantaran Eli itu turut dikongsi oleh akaun Facebook, Kaki Restore, yang mengundang pelbagai reaksi pengguna di laman sosial itu.

Rata-rata mereka bersetuju dengan pandangan Eli yang menyifatkan kualiti cukai jalan itu 'tidak seberapa' dan 'semakin merosot' jika mahu dibandingkan dengan harga yang dibayar pemilik kenderaan.

Mereka turut berkongsi bahawa pelekat berkenaan mudah koyak, cepat tanggal dan tulisannya juga cepat pudar berbanding keluaran terdahulu yang lebih tahan lama serta sukar ditanggalkan.

Salah seorang pengguna, Liana Zainol menyatakan berdasarkan pengalamannya bahawa kualiti pelekat cukai jalan semakin merosot sejak dua tahun lalu.

roadtax 1

Katanya, untuk mengelakkan daripada koyak dia akan laminate pelekat itu terlebih dahulu.

"Rasanya dari dua tahun lepas macam ni. Baru nak tampal, dah koyak.

"Dan rasanya, orang tengah yang luluskan tender, bayar harga murah, makanya kualiti pun kurang," katanya.

Seorang lagi pemilik akaun, Muslim Bin Azman berkongsi, cukai jalan tersebut tidak tahan apabila kenderaan kerap diletakkan di tempat terbuka dan panas.

roadtax 2

Dia turut bersetuju bahawa kualiti cukai jalan sekarang tidak sama seperti sebelum ini.

"Betul la memang tak berkualiti pun, kalau tampal ikut cara sebenar tak lama berkeriput la lepas tu hilang dakwat tulisan, lagi-lagi kalau yang kerja dan letak kederaan di tempat panas.

"Jadi satu hal pula perlu 'modify' tampal letak plastik bagai. Lagipun negara maju banyak tak pakai sistem pelekat cukai jalan.

"Mereka semua semak secara dalam talian, lima saat lepas masukkan nombor kenderaan boleh lihat semua cukai jalan atau lesen ke saman ke apa." ujarnya.

Pemilik akaun Azizul Aziz juga menyatakan perkara sama tentang cukai jalan yang mempunyai kualiti yang rendah.

roadtax 3

Tulisnya di ruangan komen, cukai jalan tersebut bukan sahaja mudah koyak tetapi tulisannya juga cepat pudar.

"Koyak tu satu hal, cepat pudar pun satu hal jugak, baru setengah tahun, tulisan dah tak nampak

"Jika lalu di sekatan jalan raya tak pasal-pasal kena jelaskan panjang lebar pada polis," ulasnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPJ, cukai jalan, kualiti, rendah, koyak, tercabut, pudar