'SJKC, SJKT bukan pihak berkuasa awam, jadi tak boleh guna guru KPM'


MAHKAMAH tinggi pada 29 Disember lalu memutuskan bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

MAHKAMAH tinggi pada 29 Disember lalu memutuskan bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakimannya berkata, adalah tidak dinafikan bahawa Akta Pendidikan 1996 telah mengiktiraf kewujudan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah venakular telah menjadi sebahagian dalam sistem pendidikan negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa kedua-dua sekolah itu tidak boleh dianggap sebagai badan statutori atau pihak berkuasa awam.

“Oleh kerana sekolah venakular bukanlah satu entiti yang boleh dianggap sebagai badan statutori atau pihak berkuasa awam, maka penggunaan bahasa selain Bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran tidak boleh dikira sebagai untuk tujuan rasmi dan ia terlindung oleh peruntukan atau pengecualian dalam Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Keputusan mahkamah itu mendapat perhatian pakar pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad yang mempersoalkan status kedua-dua sekolah itu.

"Mahkamah Tinggi putuskan SJKC dan SJKT bukan pihak berkuasa awam. Apa status SJKC & SJKT sekarang?

"Adakah berstatus sekolah swasta 'bantuan' kerajaan atau sekolah persendirian sepenuhnya? Bolehkah guru KPM bertugas di sekolah swasta dan gaji dibayar kerajaan?," soalnya dalam satu hantaran Facebook pada Isnin.

Screenshot 2022-01-04 204530

Hantaran Facebook Anuar Ahmad mengenai status sekolah SJKC dan SJKT.

Di ruangan komen, C'tot Sadiyah berkata, jika SJKC dan SJKT tidak dianggap sebagai pihak berkuasa awam, guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya tidak boleh ditugaskan di sekolah-sekolah tersebut kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

"Kalau sekolah jenis adalah bukan pihak berkuasa awam, tak bolehlah KPM supply tenaga pengajar sebab guru-guru yang dihantar ke sekolah jenis adalah dilantik oleh SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), dibayar gaji oleh kerajaan.

"Sekolah jenis pun menerima bantuan pinjaman buku teks dan pelajar-pelajar yang layak turut menerima bantuan biasiswa. Jadi nampknya boleh disimpulkan bahawa sekolah jenis adalah sekolah swasta yang dibantu kerajaan," katanya.

Pada Disember 2019, tiga NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) memfailkan saman terhadap 14 pihak termasuk Kerajaan Malaysia.

Defendan lain termasuk Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak), Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil, The Malaysian Chinese Language Council, Persatuan Malaysia Tamil Neri Kalagam, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia and Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa KL.

Selain itu, beberapa parti politik turut dinamakan sebagai defendan iaitu MCA, MIC, Gerakan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram