Peliknya boleh kena tindakan jika rakam video guna dron di Lanchang


RAMAI pihak yang musykil tentang apa yang cuba disorokkan sehingga rakaman menggunakan dron perlu mendapatkan kebenaran di Lanchang, Pahang. — Twitter

BENCANA banjir yang berlaku turut mencetus pelbagai spekulasi termasuk punca musibah itu yang dikaitkan dengan penerokaan hutan.

Perkara itu turut hangat diperkatakan apabila ramai pengguna media sosial yang berkongsi pelbagai muat naik video dan gambar tentang aktiviti berkenaan sepanjang musim banjir melanda negara.

Bagaimanapun, ada pihak yang dikatakan tidak senang duduk dengan rakaman terbabit apabila difahamkan akan dikenakan tindakan sekiranya ada individu yang membuat rakaman tanpa kebenaran di kawasan banjir.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Twitter, Zack Rockstar yang dimaklumkan perkara sedemikian baru baru ini.

lanchang dron 4

Dakwanya, dia dimaklumkan oleh rakan-rakan di Lanchang, Pahang bahawa sesiapa yang merakam video menggunakan dron di kawasan banjir tanpa kebenaran akan diambil tindakan.

Perkongsian Zack di Twitter itu mendapat banyak maklumbalas warga netizen yang musykil dengan perkara tersebut.

Pemilik akaun Az (@Azmir_Azrik) mengajukan soalan dalam ruangan komen menanyakan apa yang sebenarnya ang berlaku di Lanchang sehingga perlu disembunyikan daripada rakyat?

lanchang dron 3

Daddy Afqar (@zua_al_azmi) turut menanyakan soalan berhubung perkara terbabit dan bertanya sejak bila Lanchang digazet sebagai kawasan 'no flying zone'.

lanchang dron 1

Seroang lagi pengguna, Territories#SavePalestin #IsraelTerrorist (@PuteraRayyanMAX) pula berpendapat bahawa tindakan itu sebenarnya bertujuan untuk menutup sesuatu yang berlaku di kawasan itu.

"Tidak mahu tambah kantoi kot. Tangan manusia mereka boleh kawal, kuasa Pencipta Alam takde siapa mampu halang. Terdedah segala kerosakkan alam yang dah dibuat. Nak sorok pun tak boleh. Dah terang lagi bersuluh. Berkoyan sisa balak jadi bukti," tulisnya.

lanchang dron 2

Sementara itu, Zack ketika dihubungi Majoriti memaklumkan bahawa perkara dimaklumkan sendiri oleh rakannya yang dikenali sebagai Asrol.

Majoriti sedang menunggu respons Asrol berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, dron, lanchang, tindakan, video, pahang